Posts

Showing posts from 2017

Kampung Esbok Hujung Kilang Tayar Tebakar

Image
Tragedi 5 September , Kampung Esbok Hujung Kilang tayar Terbakar Kejadian berlaku kira-kira jam 12.00 lebih malam. Pagi baru aku sedar kejadian ini. Kira-kira jam 10.00 pagi aku , suami dan maryam bergegas ke esbok hujung. Inginku kongsi sikit curahan hatiku sebagai menantu orang esbok dan sedikit gambar yang aku ambil semasa ke tapak kebakaran tadi. Nama kampung ni kampung Titingan namun terkenal sebagai kampung esbok ( ice box ). Dulu dikatakan ada kilang ais di situ. Ais-ais tersebut untuk kegunaan para nelayan dan pengusaha ikan untuk dicampur dalam tong-tong ikan agar ikan sentiasa segar dan tahan lama. Disini juga terdapat sebuah kilang tayar yang masih beroperasi. Itu yang orang-orang kampung tambah lagi gelaran nama sebagai Kg Esbok Hujung Kilang Tayar. Tujuannya agar memudahkan orang memahami lokasi kampung ni. Kira-kira 60 buah terlibat. Kedudukan rumah adalah rapat-rapat. Rumah papan dan kebanyakannya amat dhaif. Blok yang terlibat blok 6,7,8 , begitulah d...

Ketupat Kelupis Lepat

Image
Salam, Hari ni hari ke 3 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438 Hijrah. Semoga semua amalan mulia dan ibadah korban di terima Allah sebagai amal soleh. Seperti biasa , sebagai masyarakat melayu , tanpa ketupat seolah-olah raya kurang meriah . Pada hari raya pertama ni  saya hanya masak kuah sate @ kuah kacang , ketupat, kelupis daun pisang dan lepat daun pandan. Sengaja tak masak daging ayam walaupun ada dalam freezer. Sebab tak mahu membazir seperti tahun-tahun sebelum ni. Biasanya , pada hari raya pertama selepas solat raya dan makan sedikit juadah . Kami akan ke rumah orang tua kami. Dan di dirumah ibu dan rumah mertua memang disediakan pelbagai juadah . Makan di sana jak lah. Ketupat daun kelapa beli dekat pasar besar Tawau sehari sebelum raya . 10 biji RM3.00 Kelupis, makan tradisi kaum brunei , sepatutnya guna daun nyirik. Oleh kerana tiada daun nyirik , saya guna daun pisang. Saya buat 2 jenis kelupis . Satu kelupis pulut dan satu ...

Resepi Kuih Penyaram

Image
1 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1/2 cawan gula merah yang telah dicairkan 1 cawan air Aturan Ayak tepung dan campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati. Simpan 6-8 jam. Cara memasak. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam. Kecilkan api ( biar minyak sederhana panas) Gaul sekejap adunan Tuang 1 senduk pengaut adunan ( ikut suka nak besar @ kecil saiz kuih ) Tuang di tengah-tengah , tepung akan kelihatan seperti gunung berapi mengeluarkan laharnya. Biarkan adunan sehingga membentuk tepinya beralun ( geriting) balikan jika telah masak . Buat hingga mahir , selamat mencuba. #resepi ini boleh juga menggunakan air daun pandan sebagai penganti gula merah. resepi ini tanpa gula merah dan pandan, serbuk koko diletak sedikit agar warna sedikit perang.

Sejarah Tawau (3): Pertempuran di Sin On Tiku , Informer dikubur hidup-hidup

Image
16.12. 1963  Saya  mengetuai operasi di kawasan sekitar Jalan Sin On Tiku.  Tujuan operasi adalah  untuk menyekat TNKU mendapat bantuan dan keperluan seperti makanan daripada kaum Jawa di Jalan Sin On Tiku Kongsi 10 Kabota. Pasukan kami terdiri daripada saya , seorang driver PC Selisip dan 2 orang Police FForce bangsa murut yang saya lupa nama mereka. Kejadian berlaku pukul 16.00 petang. Kami terserempak dan bertempur dengan terores TNKU seramai 8 orang. Kami berjaya membunuh seorang terores dan mendapat 3 hand granade hidup dari si mati. Kira-kira jam 18.30 baru tiba bantuan daripada askar dengan membawa kereta perisai , malangnya terores telah lari dan berpecah sekitar kebun getah. Police informer dikubur hidup-hidup Selepas 2 minggu peristiwa ini berlaku, saya mendapat arahan kembali semula  di kawasan kebun getah berhampiran Kg Jawa Kongsi 10 bersama seorang SB Officer untuk mengali kubur seorang informer ( pemberi maklumat ). Lokasi berdeka...

Sejarah Tawau (2) : TNKU Ganggu dan Bakar Kampung

Image
Walaupun hubungan antara  Kuala Lumpur dan Jakarta beberapa ketika seolah-olah tiada apa-apa masalah besar . Namun Jakarta telah mengarahkan TNKU ( Tentera Kalimantan Utara ) untuk menyerang Malaysia melalui sempadan Sabah/Kalimantan. TNKU diketuai Azahari  TNKU diketuai Azahari dan didokongi oleh Suharto . TNKU menyusup masuk ke wilayah Tawau melalui perbatasan Sabah Kalimantan.  Penduduk Kampung diganggu, Kampung dibakar TNKU telah menggangu penduduk-penduduk kampung diperbatasan dan membakar beberapa buah kampung. Tujuan mengganggu antaranya adalah untuk mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain. Oleh itu saya telah mencadangkan agar penduduk-penduduk kampung dipindahkan ke Tanah Besar Tawau.( rujuk Fb Tandek Sedah.bahagian 'About') Kampung Serudung Lama ( Laut ) Akibat selalu diganggu TNKU, Penduduk kampung yang terdiri daripada kaum murut dan diketuai oleh KK Sinut  telah dipindahkan ke Kg Serudung Baru Batu 17 . Kampung Pulau Si...

Sejarah Tawau : Tandek Sedah ex Detective zaman British

Image
Anak Dusun Tenghilan dan  Bajau KB jadi Polis. Membesar di Kg Bunga dan kawasan kadai Tenghilan. Sebelum ke Kota Belud mengikuti ibu yang telah berkahwin dengan orang bajau KB. Ingin menjadi polis kerana bapanya telah mati dibunuh oleh Jepun. Walaupun tidak diizinkan oleh ibunya. Kerana pada zaman dahulu apabila seseorang keluar dari kampung atau daerah, sukar untuk berhubung kerana masalah jarak dan sistem komunikasi yang hampir tiada langsung. Perhubungan seperti jalan raya juga masih terlalu jauh dari arus kemodenan. Akibatnya , para orang tua tidak ingin anak-anak mereka keluar dari daerah kerana bimbang anak tidak kembali atau hilang. Kasih seorang ibu pada anaknya. Namun pendirian Tandek tiada yang boleh menghalang. Marah pada Jepun kerana membunuh bapanya hingga tidak diketahui dimana kubur dan nisannya. Cita-cita untuk berkhidmat sebagai polis di teruskan. Kak Gembua bagi duit tambang Kak Gembua ( non muslim ) sepupu sekali Tandek membantu Tandek menyampaik...

Jamu kunyit

Image
Amalan tradisi Amalan memakan jamu menjadi tradisi keluargaku  zaman berzaman. Apalagi ibu ku  dari suku banjar tidong  yang kuat dengan amalan menjaga kesihatan menggunakan herba. Terdapat banyak jenis jamu dan penggunaannya untuk pelbagai tujuan. Hari ni aku akan berkongsi membuat jamu kunyit menggunakan ramuan asas, bagi yang telah biasa atau ingin mencuba jamu kunyit untuk tujuan-tujuan rawatan atau pemeliharan lain, nanti boleh ditambah dengan ramuan-ramuan herba lain seperti halia, lada hitam dll. Khasiat Khasiat jamu ni banyak, antaranya menyegarkan, detoksifikasi, merawat luka dalaman, awet muda, melancarkan perjalanan darah dll. Sebaiknya minum jamu ni awal pagi sewaktu perut kosong, namun bergantung dengan kesihatan tubuh masing-masing.  Jika ada gastrik minumlah setelah perut telah ada isi sedikit dengan makanan.  Minum 3 pagi @ 7 pagi sebulan . atau minum pagi petang. Ikut kebiasaan dan kesesuaian tubuh.  ...

Kg Tinagat dan kereta kerbau

Image
Kampung Tinagat merupakan sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri dari suku kaum tidong dan suluk dan beberapa suku lain. 1970an, mungkin sekitar tahun 1972  1973  ( tak ingat yang tepat) rasanya sebelum aku memasuki darjah 1 pada tahun 1975 di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina Yuk Chin.  Aku pernah naik kereta kerbau bersama-sama pacik dan macik ku yang ketika itupun mereka masih kanak-kanak. Ketika itu atuk dan nenekku  tinggal di Kg Tinagat. Kg Tinagat ketika itu masih sunyi. Tidak ramai penduduk. Yang ada kebanyakannya orang tempatan dari suku tidong. Bau wangi buah mangga wani Aku masih teringat, asal saja balik kampung Tinagat dari jauh lagi telah tercium wangi bau mangga wani. Simpang masuk ke rumah atuk ku dari jalan besar kira-kira 100 m. Bapa selalu parking kereta disimpang jalan.mungkin agaknya jalan masuk ke rumah atuk grable, jadi lebih baik parking diluar. Sepanjang jalan dari simpang ke rumah atuk yang saya inga...

List of Madrasah and Pondok in Tawau

Image
Kembara Ilmu In Tawau 1. Madrasah Darul Hidayah  Lorong Madrasah, Kampung Sri Bombalai Sg Imam Tawau. Ustaz Nasir Che Ali     Ustaz Rusli Hasani 6012 865 8132   6010 948 2819 2.   Madrasah Ad Diniah Ar- Rahmaniah Kg Sri Bombalai Sg Imam P.O.Box 554.91008.Tawau Mudir Ustaz Tasir At Tawawi 6019 872 6301 3 . Ma'ahad  Tahfiz Ashabissyahid Bombalai, Tawau. Mudir Ustaz Hairudin Hj.Mohd Arif 6019 234 5678 4 . Madrasah Tahfiz Quraan Jalan Imam Galundang. Tg Batu Darat, Tawau Markas Tablig 5. Pondok Wadi Al Kauthar Balung. 6. Maad Tahfiz  Sulaimaniyyah Ar-Rayyaj Kg Pitas, Bombalai, Tawau. 7 . Pondok Pesantren Mutiara Bangsa Pulau Sebatik, Tawau 8 . Madrasah Ad- Diniyah Al Furqaniyyah Kg Cina, Jalan Ranggu, Tawau. Mudir Ustaz Tahang @ Abd Rahman 6014 872 5966    email alfurqaniyyah123@gmail.com 9 . Madrasah Al- Fateh Kg Serudung Laut Tawau. 6014 845 2077 1...

Splendour In The Grass

Image
What though the radiance Which was once so bright Be now for ever taken from my sight, Though nothing can bring back the hour Of splendour in the grass, Of glory in the flower, We will grieve not, rather find Strength in what remains behind  William Wordsworth  Deanie n Bud

KESUCIAN AL QURAN BRAILLE TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Image
Assalamualaikum wrt wbt. Firman Allah S.W.T dalam kitab suci: إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ, Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. ( Al-Hijr - 9) Sebagai pihak yang terlibat  dalam penerbitan, pengedaran dan pengajaran Al Quran braille di Malaysia, sukalah kami memaklumkan kepada seluruh masyarakat beberapa fakta berkaitan Al Quran braille supaya ia dapat dijadikan panduan bagi seluruh masyarakat bersama mendokong dan menyokong usaha-usaha pemerkasaan Al Quran di kalangan OKU penglihatan di Malaysia khususnya dan dunia umumnya secara lebih mampan dan sempurna 1. Meskipun Al Quran braille berbeza dengan mashaf biasa dari sudut bentuk huruf, ia masih tetap sebuah kitab suci yang perlu dipelihara dari aspek ketepatan dan ketulinannya. 2. Justeru, setiap Al Quran braille di Malaysia tertakluk kepada kawalan dari Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Cetakan Al Quran di bawah Keme...

Hukum Hakam Berkaitan OKU 1

Image
Allah SWT tidak membiarkan hamba - Nya tanpa menyediakan jawaban atau solusi terhadap sesuatu perkara. Begitu juga dengan permasalahan Orang Kurang Upaya atau kelainan upaya. Dalam al quran Allah telah sediakan dalil-dalil sebagai panduan menjalani hidup . Firman Allah SWT Maksudnya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.   (Al-Fath: 17) Ayat ini turun selepas ayat sebelumnya menceritakan tentang azab yang pedih bagi mereka yang tidak turut sama berjuang menentang musyrikin. Apabila sahabat-sahabat yang kurang upaya  terdiri daripada yang buta, tempang dan sakit mendengar ancaman dar...

Definisi & Pengkelasan OKU

DEFINISI & PENGKELASAN OKU OKU merupakan singkatan kepada Orang Kurang Upaya yang mana istilah ini digunapakai secara meluas bagi merujuk kepada orang kurang upaya. Kini, OKU juga di sebut dengan Orang Kelainan Upaya. Menurut WHO (World Health Organisation), OKU didefinisikan sebagai: “Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan vokasional”. OKU berbeza mengikut tahap kecacatan yang mereka alami. Di sini, terdapat tujuh (7) kategori bagi OKU: 1. Kurang Upaya Pendengaran Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu: Minima (Mild)- (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa...

Islam dan Orang Kurang Upaya

Image
Menjadi seseorang kurang upaya yang berbeza dengan orang lain bukanlah mudah.  Mempunyai anak OKU atau orang kurang upaya bukanlah mudah, malah sesetengah ibubapa  merasakan ia  satu musibah dan mencari-cari siapa yang patut disalahkan. Bukan semua, masih terdapat  diluar sana insan-insan yang hebat. Semoga kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dapat dikongsi sebagai panduan tambahan pada yang tercari-cari  Masyarakat perlu prihatin dan menyantuni  OKU Prihatin dan menyantuni  maksudnya di sini bukan sekadar bersimpati dan memberi sumbangan setahun sekali di bulan Ramadan atau menjelang pilihanraya. Tetapi mestilah bersungguh-sungguh memberi kekuatan aqidah yang soheh kepada OKU. Membangunkan mereka dengan membantu membangunkan golongan ini dari segi minda, ilmu, kemahiran, keupayaan untuk maju tanpa mengharapkan belas ihsan semata-mata. Tetapi mampu menyumbang kepada ummah. Contohnya, Tuan Faizal Che Yusof . Seorang OKU yang berkemah...

Adakah amalan memberi gelandangan makanan dan minuman masih diteruskan selepas Ramadhan ?

Ingin saya berkongsi sesuatu yang terlintas difikiran saya beberapa hari ini. Hal ini ada saya utarakan dalam fb saya. Ingin mengajak pembaca menilai semula untuk kebaikan bersama atau untuk lebih penambahbaikan. Jika di bulan Ramadhan, amalan bersedekah seperti menghantar makanan beserta air minuman  untuk bersahur menjadi satu aktiviti yang meriah dikalangan para NGO atau NGI . Maksud meriah di sini, ramai para dermawan memberi sumbangan sehinggakan disiarkan di media baru-baru ini berlaku pembaziran. Makanan ditinggalkan sahaja oleh para penyumbang kerana para golongan sasaran telah tidak mahu menerima atau sudah pandai memilih. Bukan saya ingin mempertikaikan amalan mulia di bulan mulia ini. Namun, apabila menjelang hari raya, adakah amalan ini diteruskan ? Adakah kita sudi mengajak mereka untuk datang beraya di rumah kita yang cantik untuk menikmati juadah raya ? Rumah kita atau premis-premis kita yang berhias indah dan bersih. Di keliling oleh isteri dan anak-an...

SEJARAH BANGSA BORNEO MELANGKAUI BATAS WAKTU !,

SEJARAH BANGSA BORNEO MELANGKAUI BATAS WAKTU!! Sila Like: Borneo Oracle Sejarah Bangsa Borneo Melangkaui Batas Waktu!! Itulah tajuk artikel daripada Borneo Oracle untuk paparan kali ini. Apa yang hendak dijelaskan di dalam artikel ini adalah tentang sejarah tamadun kuno di Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei Dan Kalimantan) yang merupakan antara pulau terbesar di Nusantara dan ketiga terbesar di dunia. Di dalam artikel ini tidak akan diperkatakan tentang tamadun manusia yang membina empayar kerajaan besar sebaliknya adalah merujuk kepada tamadun manusia ketika di zaman pra-sejarah lagi yang amat jarang-jarang diperjelaskan bagi mengukuhkan bahawa Bangsa Borneo itu telah wujud beribu-ribu tahun yang lampau. Tiada Sejarah Tiadalah Masa Depan!. Sejarah awal Bangsa Borneo adalah asas kepada apa yang kita ada sekarang dan menjadi panduan pada masa depan. Oleh itu, penemuan arkeologi adalah sangat penting untuk melihat perkembangan pada masa silam dan hubungannya pada masa kini serta bagaim...