Adakah amalan memberi gelandangan makanan dan minuman masih diteruskan selepas Ramadhan ?
Ingin saya berkongsi sesuatu yang terlintas difikiran saya beberapa hari ini.
Hal ini ada saya utarakan dalam fb saya.
Ingin mengajak pembaca menilai semula untuk kebaikan bersama atau untuk lebih penambahbaikan.
Jika di bulan Ramadhan, amalan bersedekah seperti menghantar makanan beserta air minuman untuk bersahur menjadi satu aktiviti yang meriah dikalangan para NGO atau NGI . Maksud meriah di sini, ramai para dermawan memberi sumbangan sehinggakan disiarkan di media baru-baru ini berlaku pembaziran. Makanan ditinggalkan sahaja oleh para penyumbang kerana para golongan sasaran telah tidak mahu menerima atau sudah pandai memilih.
Bukan saya ingin mempertikaikan amalan mulia di bulan mulia ini.
Namun, apabila menjelang hari raya, adakah amalan ini diteruskan ?
Adakah kita sudi mengajak mereka untuk datang beraya di rumah kita yang cantik untuk menikmati juadah raya ?
Rumah kita atau premis-premis kita yang berhias indah dan bersih. Di keliling oleh isteri dan anak-anak kita yang cantik dan berbaju raya baru.
Adakah sudi menerima mereka ? yang mungkin sebahagiannya kotor dan mungkin berpenyakit.
Atau adakah kita diawal pagi selepas atau sebelum solat Aidil Fitri menghantar juadah makanan serta minuman yang baru bagus, buka baki atau sisa kepada mereka?
Jujurnya saya pun masih tidak mampu berbuat sedemikian.
Saya masih menilai diri dan keikhlasan saya.
Saya hanya ingin mengajak para pembaca turut berfikir .
Semoga dengan fikuran dan idea-idea kurniaan Allah kepada banyak orang akan membuahkan gelombang amalan soleh untuk kebaikan semua.
Wallahualam

Comments
Post a Comment