Islam dan Orang Kurang Upaya




Menjadi seseorang kurang upaya yang berbeza dengan orang lain bukanlah mudah. 
Mempunyai anak OKU atau orang kurang upaya bukanlah mudah, malah sesetengah ibubapa  merasakan ia  satu musibah dan mencari-cari siapa yang patut disalahkan.

Bukan semua, masih terdapat  diluar sana insan-insan yang hebat.

Semoga kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dapat dikongsi sebagai panduan tambahan pada yang tercari-cari 


Masyarakat perlu prihatin dan menyantuni  OKU

Prihatin dan menyantuni  maksudnya di sini bukan sekadar bersimpati dan memberi sumbangan setahun sekali di bulan Ramadan atau menjelang pilihanraya.

Tetapi mestilah bersungguh-sungguh memberi kekuatan aqidah yang soheh kepada OKU.

Membangunkan mereka dengan membantu membangunkan golongan ini dari segi minda, ilmu, kemahiran, keupayaan untuk maju tanpa mengharapkan belas ihsan semata-mata. Tetapi mampu menyumbang kepada ummah.

Contohnya, Tuan Faizal Che Yusof . Seorang OKU yang berkemahiran tinggi. Mempunyai syarikat guaman sendiri. Aktivis kemanusiaan yang disegani.

Bila berdepan dan mendengar bait-bait kata darinya. Seolah-olah diri ini kerdil dan oku pula.

Islam telah memberi garis panduan bagaimana sepatutnya melayan OKU.

Garis panduan ini ditunjuk melalui intipati kisah layanan Rasullullah terhadap Abdullah Bin Maktum.

Teguran terhadap Rasullullah melalui surah Abasa menjadi dalil untuk kita melayan OKU sama dengan insan yang lain.

Surah Abasa di turunkan rentetan kisah Rasulullah sibuk melayan golongan bangsawan Quraish untuk berdakwah tetapi secara tidak sengaja kekasih Allah terpaling muka daripada Abdullah Bin Umm Maktum yang sedang cuba untuk menyoal.

Berdasarkan kisah di atas bukanlah bermakna Rasulullah seorang yang ada kekurangan. Namun setiap perbuatan Rasullulah ada hikmahnya. Hikmah pada kisah ini adalah agar umat manusia sentiasa menyantuni golongan OKU dan orang-orang yang lemah.

Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)
Al Maidah: 2

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat memberikan manfaat.


Aznah Tandek
Tawau Sabah



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden