Sejarah Tawau : Tandek Sedah ex Detective zaman British


Anak Dusun Tenghilan dan  Bajau KB jadi Polis.

Membesar di Kg Bunga dan kawasan kadai Tenghilan.
Sebelum ke Kota Belud mengikuti ibu yang telah berkahwin dengan orang bajau KB.

Ingin menjadi polis kerana bapanya telah mati dibunuh oleh Jepun. Walaupun tidak diizinkan oleh ibunya. Kerana pada zaman dahulu apabila seseorang keluar dari kampung atau daerah, sukar untuk berhubung kerana masalah jarak dan sistem komunikasi yang hampir tiada langsung. Perhubungan seperti jalan raya juga masih terlalu jauh dari arus kemodenan.

Akibatnya , para orang tua tidak ingin anak-anak mereka keluar dari daerah kerana bimbang anak tidak kembali atau hilang.

Kasih seorang ibu pada anaknya. Namun pendirian Tandek tiada yang boleh menghalang. Marah pada Jepun kerana membunuh bapanya hingga tidak diketahui dimana kubur dan nisannya. Cita-cita untuk berkhidmat sebagai polis di teruskan.

Kak Gembua bagi duit tambang
Kak Gembua ( non muslim ) sepupu sekali Tandek membantu Tandek menyampaikan cita-citanya untuk menjadi polis.

Walaupun dilarang ibunya untuk ke KK namun kak gembua telah memberi wang tambang kepada Tandek ke KK untuk menghadiri  temuduga polis.

Selain Tandek sendiri pernah kerja sebagai konduktor bas untuk menambah pendapatan.

( Sumber : Atuk Melin)



Bapa  Labit bin Gumpirit 
Memeluk Islam dan diberi nama Sadah. Perkataan Sadah berasal dari perkatan / ayat .... Sadaqaullahhul adzhim. Pemahaman orang pada masa itu. Maksud perkataan / ayat ini ...sebagai Penyudah/pengakhir yang baik dalam Islam. Mungkin dengan harapan. Labit yang telah memeluk Islam mendapat kebaikan akhir yang terbaik. Kemudian dari nama dari Sadah menjadi Sedah.

Tidak dipastikan masuk Islam kerana berkahwin dengan gadis bajau atau memang sedia memeluk Islam.

Macik Bunga bercerita.
Macik Bunga sepupu Tandek yang begitu rapat dengannya. Macik Bunga pernah bertemu dengan Labit dan menceritakan keadaan orangnya pada saya(penulis).Ceritanya  Sedah orangnya jalan sedikit pengkak, ada masalah kulit , mungkin itu yang membuatkan dia berjalan pengkak tidak menghairankan kerana zaman dahulu, zaman orang-orang susah, penyakit mudah berjangkit. Zaman jepun zaman derita.

Labit Bertemu Jodoh
Atuk Melin ( adik bongsu Dayang Damit) menceritakan
Labit bekerja mengambil upah di sawah padi orang bajau, dan di situ dia bertemu jodoh dengan gadis bajau dan memeluk Islam.


Ibu, Dayang Damit suku bajau Kota Belud
Menggunakan nama dayang dihadapan, menurut Tandek. Ada kemungkinan keturunan  bajau Brunei, kerana zaman dahulu orang selalu berpindah-pindah.


Berkahwin dengan Labit @ Sedah . Mendapat dua orang anak, Sulong perempuan , Gelemu dan bongsu lelaki Tandek

Tandek Sedah Ex detective 786

Berpangkat koperol. Memasuki pasukan polis semasa zaman British hinggalah Sabah masuk Malaysia.

Dihantar bertugas di wilayah Tawau, Sandakan, Semporna, Tuaran, Kota Kinabalu.

Wilayah Tawau? Kenapa penulis menggunakan perkataan wilayah.

1.Kerana itulah perkataan digunakan Tandek dalam catatan asal beliau yang boleh di baca dalam FB beliau.

2. Mungkin istilah ini digunakan oleh pihak berkuasa zaman mereka dahulu untuk merujuk kepada  daerah-daerah sekitar Sabah sejak zaman British.

Kerana Sabah adalah sebuah negara.

Kebanyakan Tandek bertugas adalah sekitar wilayah Tawau dan Sandakan ( 1960 - 1971).

Menyambung pelajaran kepolisian di ;
1. Police Depo Thomson Road Singapore 1965
2. Police Depo Jalan Ghurney 1966

Tandek bersara sebagai police atas kehendak sendiri setelah 11 tahun dalam perkhidmatan.

Tandek Bin Sedah, lahir pada 2 April 1942 . Berkahwin dengan Jumatiah Bte Sidek , anak jati Tawau dari suku Banjar dan Tidong. Memperolehi 4 orang anak .

Maslinda Tandek
Mazlan Tandek
Aznah Tandek
Norhainah Tandek

Namun, jodoh tidak berpanjangan. Mereka memilih untuk berpisah dan meneruskan haluan hidup dengan jodoh masing-masing.




Comments

  1. Tahniah kak. Al-fatiha buat ayahanda tercinta.. Semoga ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan dicintai Allah.. Darah keberanian arwah mmg ada dalam dirimu kaj..

    ReplyDelete
  2. Inshaa Allah, akan ada lagi catatan-catatan yang akan dikongsikan. Untuk tatapan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  3. sedang menunggu cerita selanjutnya tentang sejarah keluarga besar kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah.
      Banyak lagi peristiwa sejarah keluarga bersama bahan bukti berbentuk dokumen dan gambar . Namun beg yang mengadungi gambar-gambar bersejarah tak dijumpa lagi setakat ini.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden