SEJARAH BANGSA BORNEO MELANGKAUI BATAS WAKTU !,
SEJARAH BANGSA BORNEO MELANGKAUI BATAS WAKTU!!
Sila Like: Borneo Oracle
Sejarah Bangsa Borneo Melangkaui Batas Waktu!! Itulah tajuk artikel daripada Borneo Oracle untuk paparan kali ini. Apa yang hendak dijelaskan di dalam artikel ini adalah tentang sejarah tamadun kuno di Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei Dan Kalimantan) yang merupakan antara pulau terbesar di Nusantara dan ketiga terbesar di dunia. Di dalam artikel ini tidak akan diperkatakan tentang tamadun manusia yang membina empayar kerajaan besar sebaliknya adalah merujuk kepada tamadun manusia ketika di zaman pra-sejarah lagi yang amat jarang-jarang diperjelaskan bagi mengukuhkan bahawa Bangsa Borneo itu telah wujud beribu-ribu tahun yang lampau.
Tiada Sejarah Tiadalah Masa Depan!. Sejarah awal Bangsa Borneo adalah asas kepada apa yang kita ada sekarang dan menjadi panduan pada masa depan. Oleh itu, penemuan arkeologi adalah sangat penting untuk melihat perkembangan pada masa silam dan hubungannya pada masa kini serta bagaimana kita mengorak masa depan. Arkeologi bukanlah semata-mata tentang rangka manusia dan artifaknya tetapi ia lebih kepada melibatkan alam persekitarannya, penyakit, teknologi, industri, amalan, kepercayaan serta banyak lagi suatu waktu dahulu.
Lokasi Pulau Borneo adalah sangat penting di dalam pergerakan sejarah awal manusia ketika zaman pra-sejarah. Apatah lagi ketika itu wujudnya apa yang dipanggil Pentas Sunda dan Pentas Sahul yang membenarkan manusia awal serta flora dan fauna bergerak bebas di rantau ini sehingga ke Australia. Sehubungan dengan itu apa jua penemuan arkeologi dan artifak di Borneo juga memainkan peranan di dalam memperjelaskan arkeologi dunia.
Mungkin ramai yang tidak tahu apakah itu Pentas Sunda dan Pentas Sahul kerana kedua-dua ini berlaku ketika ianya apa yang dipanggil zaman ais. Menurut istilah geografi, suatu waktu dahulu bumi ini adalah satu daratan yang luas tetapi akibat daripada pencairan ais maka ada sesetengah kawasan di daratan bumi menjadi lautan dan menyebabkan daratan yang luas itu berpecah-pecah. Apa yang dipanggil Pentas Sunda adalah daratan-daratan yang membentuk Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Borneo, Pulau Jawa dan beratus-ratus gugusan kepulauan yang mengelilinginya. Pentas Sahul pula adalah daratan yang menjadikan Australia dan New Guinea sekarang.
Ini adalah merupakan penjelasan tentang zaman ais menurut sumber – (http://en.wikipedia.org/wiki/Ice_age)
“ An”ice age” is a period of long-term reduction in the temperature of Earth's surface and atmosphere, resulting in the presence or expansion of continental and polar ice sheets and alpine glaciers. Within a long-term ice age, individual pulses of cold climate are termed "glacial periods" (or alternatively "glacials" or "glaciations" or colloquially as "ice age"), and intermittent warm periods are called "interglacials". Glaciologically,”ice age” implies the presence of extensive “ice sheets” in the northern and southern hemispheres. By this definition, we are in an interglacial period—the holocene—of the ice age that began 2.6 million years ago at the start of the “Pleistoceneepoch, because the Greenland, Arctic and Antarctic “ice sheets” still exist.”
Jadi jika melihat kepada makna dari istilah geografi ini janganlah dipertikaikan jika ada sesetengah daripada bangsa Borneo sekarang juga mempunyai kesamaan baik dari segi bahasa mahupun DNA sekalipun dengan mereka yang ada di kawasan yang diperjelaskan kerana suatu waktu dahulu kita semua adalah sama iaitu dari daratan yang sama.
Selain daripada zaman ais, satu lagi zaman yang memperjelaskan tentang penghidupan tamadun manusia pra-sejarah adalah zaman Paleolitik. Zaman Paleolitik bermula kira-kira 200,00 hingga 300,000 tahun dahulu. Dari zaman paleolitik ini hasil penemuan arkeologi akan memperjelaskan ciri-ciri penempatan, industri termasuk aktiviti dan peralatan yang digunakan serta kepercayaan manusia zaman pra-sejarah.
Ciri-ciri penempatan Zaman Paleolitik
“In the Paleolithic Age, man practicing live a nomadic find new areas or recognized as a nomadic life.”
Kebiasaannya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam secara nomad atau berpindah randah.
Aktiviti dan peralatan Zaman Paleolitik
Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri. Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Kepercayaan di Zaman Paleolitik
Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu. Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.
Berdasarkan pemahaman mengenai istilah-istilah pra-sejarah ini barulah kita akan memahami penemuan-penemuan arkeologi bersejarah di bumi Borneo yang membenarkan bahawa Bangsa Borneo itu sebenarnya wujud melangkau batas waktu.
1. Bukti penemuan Arkeologi Pra-Sejarah di Sarawak, Borneo
"...di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia." (Wikipedia)
Sekitar tahun 1958, seorang kurator Muzium Sarawak berbangsa Inggeris iaiu Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison telah mengetuai satu eksplorasi di Gua Niah, Miri, Sarawak. Mereka telah berjaya membongkar dan menemui satu tengkorak manusia yang lokasinya terletak di sebelah barat pintu utama Gua Niah. Setelah dilakukan ujian radio karbon akhirnya dapat disimpulkan bahawa tengkorak manusia itu adalah merupakan tengkorak manusia moden yang digelar “Homo Sapiens” yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Penemuan ini membuktikan bahawa tamadun manusia Bangsa Borneo telahpun wujud beribu-ribu tahun yang dahulu iaitu melangkaui zaman Palaelitik di dalam tempoh Pleistocene yang juga merupakan kewujudan manusia awal di Borneo.
Selain penemuan tengkorak manusia “Homo Sapiens” ini juga ditemui bukti-bukti pendudukan awal manusia di awal tempoh Holocene oleh Mesolithic Foragers dan kemudiannya beberapa tapak pengebumian mansuia yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu. Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.
Sekitar tahun 2008, satu lagi penemuan arkeologi pra-sejarah berlaku di Gua Niah dan ianya diketuai oleh beberapa golongan professional dari Universiti Sains Malaysia. Penemuan tengkorak manusia ini dianggarkan berusia 2000 – 3000 tahun dahulu.
>>>Press Release
For Immediate Release
Latest findings from Prehistoric Cemetery Borneo (Sarawak)
In a press conference held today, Universiti Sains Malaysia archaeologists announced their latest finding from the prehistoric cemetery recently discovered in Sarawak, Malaysia.
The research team from the Centre For Archaeological Research Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Penang and the Sarawak Museum Department headed by Associate Professor Stephen Chia and Mr. Ipoi Datan discovered the ancient burial site at Gua Kain Hitam in the Niah-Subis limestone hills in Batu Niah, Miri, Sarawak. This is the area where the oldest human remains in Southeast Asia were found, thus confirming that Borneo was settled much earlier than originally thought.
The research and excavations at this site, funded by Jabatan Warisan Negara in 2007 and the USM Research University Grant in 2008, has so far uncovered more than 8 human skeletons, believed to be from the Neolithic period, dating back 2,000-3,000 years ago. This proves the existence of humans in the area from the Neolithic period and may have some relation to the oldest remains found in another nearby cave (Gua Niah), which is 40 000 years old. The latter was found in the 1950s and confirmed that Borneo was settled earlier than thought (see background text below).
Latest results reveal that the skeletons were found in extended positions together with pottery sherds, shells and animal bones. Preliminary analysis of the skeletons revealed that there are five males and one female, with generally very short stature of heights of between 156cm and 160cm. The age of the four males is estimated to be between 25-45 years old and the female between 35-45 years old.
Research on this ancient cemetery site is still on going and the excavated artifacts such as pottery, ornaments and food remains like shells and animal bones are being analysed at Universiti Sains Malaysia. Research collaboration with a palaeanthropologist from Sapporo Medical University, Hokkaido, Japan is also currently underway in order to extract more information about the burials and the ancient people who lived in the Niah-Subis region 2,000 to 3,000 years ago.
This new finding will not only enrich knowledge on the early history of Malaysia and Southeast Asia but it is also expected to attract more local and foreign tourists to visit this new site, which is located in the Niah National Park in Miri, Sarawak.
For more information, please contact
Associate Prof Stephen Chia
Centre For Archaeological Research Malaysia
USM, Penang
Tel: 04-6533888 x4118
Email: stephen@usm.my
2. Bukti Penemuan Arkeologi Pra-Sejarah di Sabah, Borneo
Jika di Sarawak, Gua Niah adalah “lubuk arkeologi” bagi mengukuhkan keberadaan Bangsa Borneo satu waktu dahulu, di Sabah juga apa yang kurangnya di dalam memperkatakan penemuan arkeologi zaman pra-sejarah ini. Nama-nama tempat seperti Tingkayu di Kunak, Mansuli di Lahad Datu, Bingkor di Keningau dan juga Agop Batu Tulug serta Batu Supu di Lembah Kinabatangan juga menceritakan kekayaan peninggalan arkeologi manusia zaman pra sejarah.
Penemuan di Tingkayu, Kunak, Sabah adalah merupakan penemuan sebuah tasik pra-sejarah yang terbentuk akibat aliran lahar yang membendung Sungai Tingkayu lebih 30,000 tahun yang lalu. Juga ditemui adalah beberapa peralatan zaman batu yang telah terbukti sebagai peralatan yang terbaik pernah ditemui iaitu mengikut anggaran usianya adalah sekitar 17.000 hingga 20,000 tahun yang lalu. Penemuan ini membuktikan bahawa manusia yang menghuni Tingkayu adalah lebih maju berbanding manusia purba yang ditemui di tempat lain di seluruh bumi Asia Tenggara. Kerana begitu berharga tapak purba arkeologi di Tingkayu ini maka ianya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Purba Arkeologi dibawah enakmen barang-barang kuno dan harta kanun Sabah 1977.
Sekitar tahun 2009 pula terdapat penemuan tapak arkeologi yang ditemui di Mansuli, Lahad Datu, Sabah. Penemuan arkeologi ini dipercayai sudah pun wujud kira-kira 235,000 tahun dahulu dan merupakan “turning point” yang mengatakan ianya adalah penemuan purba yang lebih awal dari Gua Niah dan dikatakan pergerakan manusia awal bermula dari Mansuli, Lahad Datu beratus-ratus ribu tahun yang lalu.
Penemuan artifak-artifak purba yang menyatakan tentang cara pengebumian manusia zaman pra-sejarah pula ditemui di Agop Batu Tulug serta Batu Supu di Lembah Kinabatangan pula menceritakan tentang amalan pengebumian serta kepercayaan manusia zaman kuno. Di kawasan Agop Batu Tulug ini ditemui beratus-ratus keranda zaman purba yang diperbuat daripada kayu balak yang menurut kajian hidrokarbonnya terbukti berusia ribuan tahun yang lampau. Banyak kawasan-kawasan gua batu kapur di seluruh Lembah Kinabatangan membuktikan bahawa Lembah Kinabatangan ini seperti satu kawasan pengebumian zaman dahulukala bagi bangsa Borneo suatu waktu dahulu.
Hakikatnya ada banyak lagi kajian serta penggalian pra-sejarah sedang dijalankan di seluruh Pulau Borneo sekarang dan apa yang dipaparkan adalah antara penemuan arkeologi yang telah pun disahkan secara ilmiah dan juga kajian hidrokarbon oleh mereka yang professional baik dari segi tenaga akademik dan juga daripada muzium-muzium di Sabah dan Sarawak. Berdasarkan kepada garis waktu usianya artifak-artifak ini SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN bahawa Bangsa Borneo itu tamadunnya BUKAN HANYA BERMULA ketika keseluruhan tanah Borneo dibawah empayar Majapahit, Srivijaya, Brunei, Sarawak Kingdom, Belanda, Inggeris NAMUN SEJARAH BANGSA BORNEO ITU MELANGKAU BATAS WAKTU!!!!
Apakah benar penemuan menarik yang diusahakan oleh Doktor Zafarina dari Universiti Sains Malaysia melalui kajian DNA yang mengatakan bahawa secara genetiknya pola menunjukkan bahawa PENDUDUK DI ASIA TENGGARA SEKARANG DIKATAKAN BERASAL DARI PULAU BORNEO??? Allahualam.
#KamekSayangBorneoBah!
Info saya copy paste untuk tetapan semua khususnya para generasi muda, untuk info lanjut boleh ke page asal . Borneo Oracle dan The Patriot

Comments
Post a Comment