Sejarah Tawau (3): Pertempuran di Sin On Tiku , Informer dikubur hidup-hidup


16.12. 1963  Saya  mengetuai operasi di kawasan sekitar Jalan Sin On Tiku.  Tujuan operasi adalah  untuk menyekat TNKU mendapat bantuan dan keperluan seperti makanan daripada kaum Jawa di Jalan Sin On Tiku Kongsi 10 Kabota.

Pasukan kami terdiri daripada saya , seorang driver PC Selisip dan 2 orang Police FForce bangsa murut yang saya lupa nama mereka.

Kejadian berlaku pukul 16.00 petang. Kami terserempak dan bertempur dengan terores TNKU seramai 8 orang. Kami berjaya membunuh seorang terores dan mendapat 3 hand granade hidup dari si mati.

Kira-kira jam 18.30 baru tiba bantuan daripada askar dengan membawa kereta perisai , malangnya terores telah lari dan berpecah sekitar kebun getah.

Police informer dikubur hidup-hidup
Selepas 2 minggu peristiwa ini berlaku, saya mendapat arahan kembali semula  di kawasan kebun getah berhampiran Kg Jawa Kongsi 10 bersama seorang SB Officer untuk mengali kubur seorang informer ( pemberi maklumat ).

Lokasi berdekatan tempat kami bertempur sebelum itu.

Kami telah mengali mayat seorang Police Informer berbangsa Buton. Mayatnya ditemui dalam keadaan tangan terikat. Dia dipercayai diarah mengali kuburnya sendiri kemudian diarahkan masuk ke dalam lubang yang digalinya dan dikubur hidup-hidup oleh terores.

Sepanjang yang saya ingat, kebanyakan terores adalah berbangsa Timor dan Buton, diketuai oleh orang Jawa.



........
Bersambung

sumber : Tandek Sedah ( almarhum)  dan FB arwah bahagian ' about '

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden