Sejarah Tawau (2) : TNKU Ganggu dan Bakar Kampung



Walaupun hubungan antara  Kuala Lumpur dan Jakarta beberapa ketika seolah-olah tiada apa-apa masalah besar . Namun Jakarta telah mengarahkan TNKU ( Tentera Kalimantan Utara ) untuk menyerang Malaysia melalui sempadan Sabah/Kalimantan.

TNKU diketuai Azahari 
TNKU diketuai Azahari dan didokongi oleh Suharto.
TNKU menyusup masuk ke wilayah Tawau melalui perbatasan Sabah Kalimantan.

 Penduduk Kampung diganggu, Kampung dibakar

TNKU telah menggangu penduduk-penduduk kampung diperbatasan dan membakar beberapa buah kampung. Tujuan mengganggu antaranya adalah untuk mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain.

Oleh itu saya telah mencadangkan agar penduduk-penduduk kampung dipindahkan ke Tanah Besar Tawau.( rujuk Fb Tandek Sedah.bahagian 'About')

Kampung Serudung Lama ( Laut )
Akibat selalu diganggu TNKU, Penduduk kampung yang terdiri daripada kaum murut dan diketuai oleh KK Sinut  telah dipindahkan ke Kg Serudung Baru Batu 17 .

Kampung Pulau Simandalan
Penduduk kampung dengan diketuai KK Ganir dipindahkan ke Kuala Merotai.

Kampung Mentadak 
Penduduk kampung berbangsa Tidong dipindahkan ke pesisir pantai Kg Tamang Wallace Bay.

Kampung Sungai Melayu
Pindah ke Kg Ice Box, Tawau Lama.

Kampung Sungai Pendekar
Pindah ke tanah besar Tawau

Kampung Pisak-Pisak
Pindah ke tanah besar Tawau.

~ Peristiwa Kg Mentadak Lama dibakar TNKU~
Rumah-rumah penduduk kampung telah dibakar.
Sebaik kami menerima laporan, saya telah diarahkan menyiasat perkara yang berlaku. 

Dengan diawasi oleh sepasukan  FForce yang diketuai oleh Sargent Ejim ( mendiang ) dan Daud  Khalakan ( alamat terkini pej PBPM kota Kinabalu). Alias Mahali ( Tawau ) dan 2 orang  order Scout bernama Juntor (mendiang) dan Sinter ( Kg Serudung Baru).


Alhamdulillah, pada 26.12.1963  pasukan kami berjaya menewaskan dan membunuh 2 orang TNKU (bandit) dan  kami mendapat beberapa laras senjata api dari yang terbunuh. 
( rujuk pada yang terlibat)

Hasil siasatan, Kg Melayu juga dibakar , oleh itu sebilangan penduduk Kg Melayu dan Kg Sungai pendekar telah dipindahkan ke  Kg Ice Box Tawau Lama.

Polis buat pelbagai tugas
walaupun bertugas sebagai GD, namun  saya banyak berada dalam bahagian CID Aids. Kadangkala menjadi malim kapal perang , pernah jadi jurubahasa dan pernah menjadi pemutus hukuman.

Semasa menjadi malim kapal perang. Saya pernah bertanggungjawab sebagai Army Leader ( Comando) dan CRO (Charger Room Officer ).

Terlibat secara langsung dari awal konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Mencegah dan bertindak sebagai anggota keselamatan di zaman tersebut . Banyak kisah sedih disaksikan di depan mata.


.......Inshaa Allah , akan bersambung.




Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden