Resepi Kuih Penyaram

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah yang telah dicairkan
1 cawan air

Aturan
Ayak tepung dan campurkan semua bahan.
Gaul hingga sebati. Simpan 6-8 jam.

Cara memasak.

Panaskan minyak dalam kuali yang dalam.
Kecilkan api ( biar minyak sederhana panas)
Gaul sekejap adunan
Tuang 1 senduk pengaut adunan ( ikut suka nak besar @ kecil saiz kuih )
Tuang di tengah-tengah , tepung akan kelihatan seperti gunung berapi mengeluarkan laharnya.
Biarkan adunan sehingga membentuk tepinya beralun ( geriting)
balikan jika telah masak .

Buat hingga mahir , selamat mencuba.
#resepi ini boleh juga menggunakan air daun pandan sebagai penganti gula merah.
resepi ini tanpa gula merah dan pandan, serbuk koko diletak sedikit agar warna sedikit perang.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden