Ketupat Kelupis Lepat

Salam,

Hari ni hari ke 3 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438 Hijrah.

Semoga semua amalan mulia dan ibadah korban di terima Allah sebagai amal soleh.

Seperti biasa , sebagai masyarakat melayu , tanpa ketupat seolah-olah raya kurang meriah .

Pada hari raya pertama ni  saya hanya masak kuah sate @ kuah kacang , ketupat, kelupis daun pisang dan lepat daun pandan.

Sengaja tak masak daging ayam walaupun ada dalam freezer.
Sebab tak mahu membazir seperti tahun-tahun sebelum ni.
Biasanya , pada hari raya pertama selepas solat raya dan makan sedikit juadah . Kami akan ke rumah orang tua kami. Dan di dirumah ibu dan rumah mertua memang disediakan pelbagai juadah . Makan di sana jak lah.

Ketupat daun kelapa beli dekat pasar besar Tawau sehari sebelum raya . 10 biji RM3.00

Kelupis, makan tradisi kaum brunei , sepatutnya guna daun nyirik. Oleh kerana tiada daun nyirik , saya guna daun pisang.
Saya buat 2 jenis kelupis . Satu kelupis pulut dan satu kelupis nasi.

Lepat nasi daun pandan . Minta anak ambil daun pandan wangi depan rumah .
Alhamdulillah ada sahabat , Tuhira datang ziarah . Tolong perbetulkan ikatan kelupis dan ikatan dan isi  lepat .

Saya isi dan ikat tak kemas. Maklumlah baru belajar. Ketupat pula setahun sekali atau dua kali baru buat.

Terima kasih pada yang selalu berkunjung ke blog ini.

Bagi para tetamu Allah yang sedang menunaikan ibadat haji sekarang ni..
Semoga duyuffurahman mendapat haji yang mabrur.

Dan semoga kami sekeluarga juga di jemput menjadi tetamu Ya Rahman , Aamiin.
Ketupat , kelupis daun pisang (kelupis pulut & kelupis nasi ), lepat nasi daun pandan.

Kelupis nasi daun pisang dan lepat nasi daun pandan.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden