Hukum Hakam Berkaitan OKU 1
Allah SWT tidak membiarkan hamba - Nya tanpa menyediakan jawaban atau solusi terhadap sesuatu perkara.
Begitu juga dengan permasalahan Orang Kurang Upaya atau kelainan upaya. Dalam al quran Allah telah sediakan dalil-dalil sebagai panduan menjalani hidup .
Firman Allah SWT

Maksudnya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (Al-Fath: 17)
Ayat ini turun selepas ayat sebelumnya menceritakan tentang azab yang pedih bagi mereka yang tidak turut sama berjuang menentang musyrikin.
Apabila sahabat-sahabat yang kurang upaya terdiri daripada yang buta, tempang dan sakit mendengar ancaman daripada Allah SWT terhadap orang-orang yang tidak turut berperang dalam ayat ke 16 dalam surah al Fath.
Mereka bertanya kepada Rasulullah kedudukan mereka yang tidak mampu untuk turut turun memerangi musyrikin.
Lantas dari soalan tersebut turunlah ayat di atas memberi keringanan kepada golong kurang upaya atau OKU. Tidak menjadi kesalahan buat mereka tidak menyertai peperangan.
( Tafsir al 1 Qurtubi. Dar al - Kutub al - Misriyyah, 16/273)
Dalam konteks zaman sekarang. Di negara yang tidak mengalami peperangan, keringanan ini perlu perhalusi oleh para ilmuan agama bersama pakar perubatan dan juga pakar-pakar lain.
Bagi OKU yang terlantar dan sakit .Sudah sepatutnya diberikan bantuan berterusan ,bukan berkala. Kekuatan aqidah perlu diterapkan pada mereka.manakala untuk membantu meringankan kepayahannya serta keluarga. Bagi OKU dari keluarga yang berada pula, bantuan dari segi motivasi dan agama boleh diberikan.

Comments
Post a Comment