Jamu kunyit

Amalan tradisi
Amalan memakan jamu menjadi tradisi keluargaku  zaman berzaman. Apalagi ibu ku  dari suku banjar tidong  yang kuat dengan amalan menjaga kesihatan menggunakan herba.

Terdapat banyak jenis jamu dan penggunaannya untuk pelbagai tujuan.

Hari ni aku akan berkongsi membuat jamu kunyit menggunakan ramuan asas, bagi yang telah biasa atau ingin mencuba jamu kunyit untuk tujuan-tujuan rawatan atau pemeliharan lain, nanti boleh ditambah dengan ramuan-ramuan herba lain seperti halia, lada hitam dll.

Khasiat
Khasiat jamu ni banyak, antaranya menyegarkan, detoksifikasi, merawat luka dalaman, awet muda, melancarkan perjalanan darah dll.

Sebaiknya minum jamu ni awal pagi sewaktu perut kosong, namun bergantung dengan kesihatan tubuh masing-masing. 
Jika ada gastrik minumlah setelah perut telah ada isi sedikit dengan makanan. 
Minum 3 pagi @ 7 pagi sebulan .
atau minum pagi petang.
Ikut kebiasaan dan kesesuaian tubuh. 

Namun jangan ambil setiap hari berpanjangan dan bertahun-tahun. Bimbang lain pula jadinya.

Bagi perempuan yang datang haid , elok di minum ketika 2  3 hari sebelum haid kering.

Info selebihnya kena jumpa mak jamu atau doktor. Mereka lebih arif.

Ramuan jamu kunyit

Kunyit hidup segar   4/5
asam jawa     secukup rasa
madu              secukup rasa ( boleh gantu gula batu, gula merah)
air masak      ikut suka nak cair atau pekat.

Cara
1. Buang kulit kunyit, basuh dan tumbuk hingga lumat.
2. Tambahkan air masak panas @ suam
3. Kacau dan peras menggunakan tapisan dan masukkan ke dalam cawan atau gelas.
4. Tambahkan air asam jawa.
5. Madu secukup rasa

Setelah dikacau hingga sebati, boleh minum dan yang lebih boleh diletak di peti sejuk.

#Boleh juga guna kaedah merebus di periuk.

Selamat mencuba.

dari Ummi Anna

Tumbuk lumat atau blender

Tapis

Tambah air asam jawa


Setelah dicampur madu dan dikacau hingga sebati

dapat lebih kurang segelas ni. Minum 1/ 4 @ 1/ 5 gelas.
lebih simpan dalam peti sejuk.


Selamat mencuba

Siru ala barakatilah


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden