Kg Tinagat dan kereta kerbau



Kampung Tinagat merupakan sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri dari suku kaum tidong dan suluk dan beberapa suku lain.

1970an, mungkin sekitar tahun 1972  1973  ( tak ingat yang tepat) rasanya sebelum aku memasuki darjah 1 pada tahun 1975 di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina Yuk Chin. 

Aku pernah naik kereta kerbau bersama-sama pacik dan macik ku yang ketika itupun mereka masih kanak-kanak.

Ketika itu atuk dan nenekku  tinggal di Kg Tinagat. Kg Tinagat ketika itu masih sunyi. Tidak ramai penduduk. Yang ada kebanyakannya orang tempatan dari suku tidong.

Bau wangi buah mangga wani

Aku masih teringat, asal saja balik kampung Tinagat dari jauh lagi telah tercium wangi bau mangga wani. Simpang masuk ke rumah atuk ku dari jalan besar kira-kira 100 m. Bapa selalu parking kereta disimpang jalan.mungkin agaknya jalan masuk ke rumah atuk grable, jadi lebih baik parking diluar.

Sepanjang jalan dari simpang ke rumah atuk yang saya ingat di tanam pokok kelapa dan dan beberapa batang pokok mangga yang tinggi-tinggi.

Kerbau berkubang
Yang hebat juga , akan kelihatan beberapa ekor kerbau atuk berkeliaran memakan rumput dan ada yang berendam dalam lumpur. Kami panggil berkubang. Bau kerbau berkubang ni.... subhanallah , boleh tahan hebat....hehe

Atuk pelihara kerbau untuk dijual. Sekarang payah da kalau nak jumpa kerbau di Tawau. Orang Tawau kurang makan daging kerbau. Jika kenduri atau majlis makan-makan orang Tawau lebih kepada daging sapi.

Ada beberapa pengalaman yang masih bermain diingatanku.

Naik kereta kerbau
Seperti yang ku katakan di atas, pengalaman naik kereta kerbau bersama anty nanik  atau anty mariam ku dan pacik otok (lupa...dengan siapa sebenarnya ...yang pasti adik-adik mamakku  yang merupakan hero dan heroin kampung ).

Apa yang aku ingat , aku kena berdiri dan berpegang di kayu  depan  dan kerbau menarik kami dan lari laju.

Kereta kerbau tu kalau yang tak pernah melihat. Di belakangnya ada tempat untuk menyimpan barang dan beroda. Tapi ada bermacam-macam jenis kereta kerbau ni.

Aku tak ingat macam mana kerbau itu mula berlari , kerana aku masih kecil waktu tu. Mungkin auty dan pacik ku pukul baru kerbau tu lari.

Apa yang ku ingat ....punyalah laju dan macam mau terbongkar segala isi perut, jika tak pegang kuat boleh terpelanting.

Makan milo
Selepas ber racing dengan kerbau, yang ku ingat kami makan milo, makan begitu jak, tak campur air.  Entah milo siapa pacik macik ku ambil.jangan-jangan milo atukku atau milo kami di dapur.
namun yang pasti kami gumbira......

Indahnya zaman kanak-kanak di kampung. Tiada pencemaran udara dan budaya. Aman dan saling berkerjasama (kerjasama makan milo )  hehe.

Inshaa Allah, nanti aku sambung pengalaman ku di kampung lagi.

Selamat menyusuri sejarah Tawau.

Gambar google


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden