Kampung Esbok Hujung Kilang Tayar Tebakar

Tragedi 5 September ,

Kampung Esbok Hujung Kilang tayar Terbakar

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.00 lebih malam. Pagi baru aku sedar kejadian ini.

Kira-kira jam 10.00 pagi aku , suami dan maryam bergegas ke esbok hujung.

Inginku kongsi sikit curahan hatiku sebagai menantu orang esbok dan sedikit gambar yang aku ambil semasa ke tapak kebakaran tadi.

Nama kampung ni kampung Titingan namun terkenal sebagai kampung esbok ( ice box ). Dulu dikatakan ada kilang ais di situ.
Ais-ais tersebut untuk kegunaan para nelayan dan pengusaha ikan untuk dicampur dalam tong-tong ikan agar ikan sentiasa segar dan tahan lama.

Disini juga terdapat sebuah kilang tayar yang masih beroperasi.

Itu yang orang-orang kampung tambah lagi gelaran nama sebagai Kg Esbok Hujung Kilang Tayar. Tujuannya agar memudahkan orang memahami lokasi kampung ni.

Kira-kira 60 buah terlibat. Kedudukan rumah adalah rapat-rapat. Rumah papan dan kebanyakannya amat dhaif.

Blok yang terlibat blok 6,7,8 , begitulah dengar cerita orang dan berdasarkan pemahaman ku yang masih kurang arif blok-blok di kampung atas air ni ( separuh atas air )

Alhamdulillah rumah mak mertua selamat, selang 4 buah rumah dari rumah terakhir yang terbakar yang sebaris dengan rumah mak mertua.

Takziah buat ahli keluarga suami ,rakan-rakan, jiran-jiran  serta semua yang terlibat dalam musibah ini.

Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik lagi.
Banyak kenangan di sini. Tempat anak-anakku bermain dan belajar erti hidup dalam suasana kampung tepi bandar.

Paling sedih suami kerana ramai ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya terlibat, rumah hangus terbakar. Banyak kenangannya tersemai di kampung ni.




Suami ku lahir di kampung ni, 2 September 1967.

Memang besar ujian tinggal di kampung ni, terkenal sebagai black area, lubuk segala lubuk.

Namun kehidupan disini juga harmoni .Kalau dalam kesusahan memang cepat budak-budak kampung membantu apa-apa kerja. Kenduri kendara, gali kubur. Bagitau ja .cepat mereka membantu.

Semoga perkampungan ini dipelihara kerajaan sebagai kampung warisan tradisi.

Sebab kampung ni dari dulu merupakan perkampungan melayu asli Tawau.

Namun kedatangan warga asing telah merubah lanskap.

Walau bagaimanapun.

Hijrah dan asimilasi memang tidak dapat dielakan.

Kita semua hamba Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.

Yang perlu adalah pengurusan yang cekap dan betul mengikut landasan takwa.

Inshaa Allah, jangankan warga Indon dan pilipin.
Rohingyapun boleh menumpang teduh.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden