Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan
Nasi Linopot adalah sejenis juadah suku kaum Dusun Kadazan di negeri Sabah.
Oleh kerana bapa saya berketurunan Dusun Tenghilan sebelah bapanya, maka saya perlu mengenali dan memahami budaya orang Dusun untuk diperkenalkan kepada anak-anak dan generasi muda , agar mereka mengenali dan memahami budaya bangsa sendiri. Seterusnya memeliharanya dan memperteguhkan jati diri bangsa.
Nasi linopot bermaksud nasi yang dimasak dan dibungkus dengan daun terap.
Kebiasaannya menggunakan beras kampung yang banyak ditanam sekitar daerah Keningau dll tempat di Sabah.
Lauknya biasanya adalah makanan masakan dusun seperti sayur tuhau, bousu dll.
Cara masaknya seperti menanak nasi biasa.
Beras dibasuh sebersih-bersihnya kemudian ditanak di periuk nasi.
Sukatan air ikut suka, tapi boleh juga 1 pot beras bersamaan dengan 1 pot air.
Selepas di tanak , tunggu sehingga masak.
Setelah masak , ambil secawan nasi kemudian letak di atas daun terap.
Pastikan daun terap dibersihkan terlebih dahulu. Dibasuh kemudian dilap hingga kering.
Letak nasi di bahagian belakang daun. Jangan letak di bahagian hadapan kerana bahagian hadapan daun berbulu dan kesat.
Setelah nasi diletak diatas daun. Lipat daun dengan kemas. Selepas itu boleh dihidangkan dengan apa-apa jenis lauk yang digemari.
Nasi yang diletak dalam daun terap akan berasa sedap dan wangi.
Selamat mencuba dan mengenali makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan .

Comments
Post a Comment