Kampung Kuala Apas
Kampung Kuala Apas adalah salah satu perkampungan nelayan yang indah dan mendamaikan.
Kampung ini adalah antara perkampungan penduduk asli Tawau dari suku kaum tidong dan suluk.
Perkampungan ini tidak jauh dari bandar Tawau, hanya kira-kira 30 km.
Tidak banyak info yang dapat saya kongsikan buat masa ini.
Reseach yang dibuat masih bertarabur dan terhenti buat sementara.
Namun kampung ini sangat memberi kesan dan penuh memori kepada kami sekeluarga kerana disinilah asal usul keturunan kami dari sebelah ibu.
Ibuku Jumatiah Siddek. Alhamdulillah masih sihat. Lahir pada tahun 1950.
Arwah Atok ,Sidek Hj Dahlan ( semoga Allah ampunkan dosa-dosanya ....Al Fatihah) bersuku banjar suluk.
Sementara, Emak ibu , Datuk Kumala bte Datuk Abidin ( semoga Allah cucuri rahmat kepadanya...Al Fatihah) . Adalah orang asal kampung Kuala Apas .
Inshaa Allah, ada kelapangan saya akan menulis lagi tentang kampung ni.
Sementara ini, nikmatilah dulu suasana kampung ni melalui gambar-gambar yang dikongsikan.
Selfie berlatar belakangkan rumah tradisi kaum tidong yang telah dimodenkan. Rumah arwah nenek Mansor bin Datuk Abidin |
Kiri, ibu ku, Kanan, nenek Jainab isteri arwah Datuk Mansor Datuk Abidin. |
Jika berpeluang datang kesini, cuba-cubalah ABC Budget |
Belakang tu kawasan perkuburan orang-orang Islam |
Pandangan dari atas jambatan kuala Sungai Apas |
Sungai kuala Apas dan jambatan konkritnya |
Comments
Post a Comment