Beras Kampung dari Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak mengeluarkan pelbagai jenis beras kampung.
Beras kampung adalah beras yang ditanam oleh para petani selalunya secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan keluarga sendiri.
Secara umumnya terdapat 2 jenis beras kampung.
Beras bukit atau padi huma , dan beras padi sawah .
Di sini aku ingin berkongsi beberapa jenis beras kampung yang ada dirumah ku.
Sejak menjadi penjual beras kampung ni, pengetahuan ku tentang beras kampung bertambah.
Ini membuat aku gembira dengan perniagaan kecil-kecilan ku di pasar tani , Jalan Utara.
Ada beberapa jenis beras kampung yang ku jual namun tiada dalam gambar pada entri kali ini sebab banyak yang rosak semasa banjir Jumaat lepas.
Kali ni aku kongsi mana yang ada dulu yang lain nanti aku kongsi pada entri yang akan datang Inshaa Allah.
Dua jenis beras kampung pada entri kali ni ialah beras hitam bario yang aku minta kawan di Keningau belikan di pasar tamu hari empat Keningau .
Penjual beras ini , saudara Rosman menyatakan beras bario hitam ini dari Sarawak , ditanam dekat sempadan Indonesia.
Beras ni di pasar tamu keningau rm10.00 sekilo.
Kedua beras pulut hitam dari Kg Bingkor , Keningau.
Tak tahu kenapa namanya pulut hitam tapi warnanya tak hitam.
Tetapi selepas dimasak beras pulut ini bertukar kehitam hitaman , mungkin itu yang dipanggil beras pulut hitam.
Beras ini ditanam oleh suku kaum Dusun. Satu suku kaum yang menjadi majoriti di Sabah. Suku kaum yang terkenal rajin dan kuat berusaha.
Bah , Selamat berkenalan dengan beras-beras kampung Borneo.
Selamat Puasa dan selamat bersungkai.
Beras Bario Hitam dari Sarawak , tapi ini bukan dari Tanah Tinggi Bario yang terkenal tu.
Sekilo rm18.00 harga di Tawau Sabah.
Beras Pulut Hitam dari Kg Bingkor Keningau. Tak hitamkan ? tapi selepas dimasak ia akan berwarna kehitaman. rm11.00 sekilo Tawau punya harga.
Beras pulut , ini bukan beras pulut kampung. Aku beli dari pemborong di Tawau juga. Tidak tahu beras ni dari mana , Siam , Vietname atau Indonesia . rm5.00 sekilo .
Beras Bario Hitam, Beras Pulut Hitam Keningau dan beras pulut biasa.
Comments
Post a Comment