Posts

Showing posts from June, 2017

List of Madrasah and Pondok in Tawau

Image
Kembara Ilmu In Tawau 1. Madrasah Darul Hidayah  Lorong Madrasah, Kampung Sri Bombalai Sg Imam Tawau. Ustaz Nasir Che Ali     Ustaz Rusli Hasani 6012 865 8132   6010 948 2819 2.   Madrasah Ad Diniah Ar- Rahmaniah Kg Sri Bombalai Sg Imam P.O.Box 554.91008.Tawau Mudir Ustaz Tasir At Tawawi 6019 872 6301 3 . Ma'ahad  Tahfiz Ashabissyahid Bombalai, Tawau. Mudir Ustaz Hairudin Hj.Mohd Arif 6019 234 5678 4 . Madrasah Tahfiz Quraan Jalan Imam Galundang. Tg Batu Darat, Tawau Markas Tablig 5. Pondok Wadi Al Kauthar Balung. 6. Maad Tahfiz  Sulaimaniyyah Ar-Rayyaj Kg Pitas, Bombalai, Tawau. 7 . Pondok Pesantren Mutiara Bangsa Pulau Sebatik, Tawau 8 . Madrasah Ad- Diniyah Al Furqaniyyah Kg Cina, Jalan Ranggu, Tawau. Mudir Ustaz Tahang @ Abd Rahman 6014 872 5966    email alfurqaniyyah123@gmail.com 9 . Madrasah Al- Fateh Kg Serudung Laut Tawau. 6014 845 2077 10. Madrasah Ad-Durras Al Islamiyyah Kg Sunga

Splendour In The Grass

Image
What though the radiance Which was once so bright Be now for ever taken from my sight, Though nothing can bring back the hour Of splendour in the grass, Of glory in the flower, We will grieve not, rather find Strength in what remains behind  William Wordsworth  Deanie n Bud

KESUCIAN AL QURAN BRAILLE TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Image
Assalamualaikum wrt wbt. Firman Allah S.W.T dalam kitab suci: إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ, Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. ( Al-Hijr - 9) Sebagai pihak yang terlibat  dalam penerbitan, pengedaran dan pengajaran Al Quran braille di Malaysia, sukalah kami memaklumkan kepada seluruh masyarakat beberapa fakta berkaitan Al Quran braille supaya ia dapat dijadikan panduan bagi seluruh masyarakat bersama mendokong dan menyokong usaha-usaha pemerkasaan Al Quran di kalangan OKU penglihatan di Malaysia khususnya dan dunia umumnya secara lebih mampan dan sempurna 1. Meskipun Al Quran braille berbeza dengan mashaf biasa dari sudut bentuk huruf, ia masih tetap sebuah kitab suci yang perlu dipelihara dari aspek ketepatan dan ketulinannya. 2. Justeru, setiap Al Quran braille di Malaysia tertakluk kepada kawalan dari Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Cetakan Al Quran di bawah Kementer

Hukum Hakam Berkaitan OKU 1

Image
Allah SWT tidak membiarkan hamba - Nya tanpa menyediakan jawaban atau solusi terhadap sesuatu perkara. Begitu juga dengan permasalahan Orang Kurang Upaya atau kelainan upaya. Dalam al quran Allah telah sediakan dalil-dalil sebagai panduan menjalani hidup . Firman Allah SWT Maksudnya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.   (Al-Fath: 17) Ayat ini turun selepas ayat sebelumnya menceritakan tentang azab yang pedih bagi mereka yang tidak turut sama berjuang menentang musyrikin. Apabila sahabat-sahabat yang kurang upaya  terdiri daripada yang buta, tempang dan sakit mendengar ancaman daripada All

Definisi & Pengkelasan OKU

DEFINISI & PENGKELASAN OKU OKU merupakan singkatan kepada Orang Kurang Upaya yang mana istilah ini digunapakai secara meluas bagi merujuk kepada orang kurang upaya. Kini, OKU juga di sebut dengan Orang Kelainan Upaya. Menurut WHO (World Health Organisation), OKU didefinisikan sebagai: “Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan vokasional”. OKU berbeza mengikut tahap kecacatan yang mereka alami. Di sini, terdapat tujuh (7) kategori bagi OKU: 1. Kurang Upaya Pendengaran Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu: Minima (Mild)- (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa

Islam dan Orang Kurang Upaya

Image
Menjadi seseorang kurang upaya yang berbeza dengan orang lain bukanlah mudah.  Mempunyai anak OKU atau orang kurang upaya bukanlah mudah, malah sesetengah ibubapa  merasakan ia  satu musibah dan mencari-cari siapa yang patut disalahkan. Bukan semua, masih terdapat  diluar sana insan-insan yang hebat. Semoga kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dapat dikongsi sebagai panduan tambahan pada yang tercari-cari  Masyarakat perlu prihatin dan menyantuni  OKU Prihatin dan menyantuni  maksudnya di sini bukan sekadar bersimpati dan memberi sumbangan setahun sekali di bulan Ramadan atau menjelang pilihanraya. Tetapi mestilah bersungguh-sungguh memberi kekuatan aqidah yang soheh kepada OKU. Membangunkan mereka dengan membantu membangunkan golongan ini dari segi minda, ilmu, kemahiran, keupayaan untuk maju tanpa mengharapkan belas ihsan semata-mata. Tetapi mampu menyumbang kepada ummah. Contohnya, Tuan Faizal Che Yusof . Seorang OKU yang berkemahiran tinggi. Mempunyai syarikat gu

Adakah amalan memberi gelandangan makanan dan minuman masih diteruskan selepas Ramadhan ?

Ingin saya berkongsi sesuatu yang terlintas difikiran saya beberapa hari ini. Hal ini ada saya utarakan dalam fb saya. Ingin mengajak pembaca menilai semula untuk kebaikan bersama atau untuk lebih penambahbaikan. Jika di bulan Ramadhan, amalan bersedekah seperti menghantar makanan beserta air minuman  untuk bersahur menjadi satu aktiviti yang meriah dikalangan para NGO atau NGI . Maksud meriah di sini, ramai para dermawan memberi sumbangan sehinggakan disiarkan di media baru-baru ini berlaku pembaziran. Makanan ditinggalkan sahaja oleh para penyumbang kerana para golongan sasaran telah tidak mahu menerima atau sudah pandai memilih. Bukan saya ingin mempertikaikan amalan mulia di bulan mulia ini. Namun, apabila menjelang hari raya, adakah amalan ini diteruskan ? Adakah kita sudi mengajak mereka untuk datang beraya di rumah kita yang cantik untuk menikmati juadah raya ? Rumah kita atau premis-premis kita yang berhias indah dan bersih. Di keliling oleh isteri dan anak-anak k

SEJARAH BANGSA BORNEO MELANGKAUI BATAS WAKTU !,

SEJARAH BANGSA BORNEO MELANGKAUI BATAS WAKTU!! Sila Like: Borneo Oracle Sejarah Bangsa Borneo Melangkaui Batas Waktu!! Itulah tajuk artikel daripada Borneo Oracle untuk paparan kali ini. Apa yang hendak dijelaskan di dalam artikel ini adalah tentang sejarah tamadun kuno di Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei Dan Kalimantan) yang merupakan antara pulau terbesar di Nusantara dan ketiga terbesar di dunia. Di dalam artikel ini tidak akan diperkatakan tentang tamadun manusia yang membina empayar kerajaan besar sebaliknya adalah merujuk kepada tamadun manusia ketika di zaman pra-sejarah lagi yang amat jarang-jarang diperjelaskan bagi mengukuhkan bahawa Bangsa Borneo itu telah wujud beribu-ribu tahun yang lampau. Tiada Sejarah Tiadalah Masa Depan!. Sejarah awal Bangsa Borneo adalah asas kepada apa yang kita ada sekarang dan menjadi panduan pada masa depan. Oleh itu, penemuan arkeologi adalah sangat penting untuk melihat perkembangan pada masa silam dan hubungannya pada masa kini serta bagaim

Tapak Lembah Mansuli penempatan tertua di Borneo

Image
Berita Sabah   Tapak Lembah Mansuli penempatan tertua di Borneo   April 10, 2012, Tuesday   S.CONNIE PEARL SUIL conypearl09@gmail.com MASIDI (tengah) memutuskan replika sarang labah-labah sebagai simbolik perasmian pameran itu sambil disaksikan oleh Mokhtar (kiri) dan Joanna (dua, kiri). KOTA KINABALU: Penemuan Tapak Lembah Mansuli di Lahad Datu Sabah telah mendedahkan perkembangan budaya sejak 235,000 tahun dahulu dan menjadi tapak tertua di Borneo. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata terdahulu Gua Niah mencatat penemuan tertua di Borneo namun dengan penemuan baharu itu, Mansuli menjadi penempatan pertama didiami oleh manusia purba di rantau ini. Katanya, kajian arkeologi amat penting bukan sahaja sebagai lakaran sejarah silam di Sabah tetapi juga memberikan ilmu pengetahuan yang meluas kepada masyarakat mengenai pra sejarah negeri ini. “Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbang kepada khazanah mengenai negara kita

Kampung Kuala Apas

Image
Kampung Kuala Apas adalah salah satu perkampungan nelayan yang indah dan mendamaikan. Kampung ini adalah antara perkampungan penduduk asli Tawau dari suku kaum tidong dan suluk. Perkampungan ini tidak jauh dari bandar Tawau, hanya kira-kira 30 km. Tidak banyak info yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Reseach yang dibuat masih bertarabur dan terhenti buat sementara. Namun kampung ini sangat memberi kesan dan penuh memori kepada kami sekeluarga kerana disinilah asal usul keturunan kami dari sebelah ibu. Ibuku Jumatiah Siddek. Alhamdulillah masih sihat. Lahir pada tahun 1950. Arwah Atok ,Sidek Hj Dahlan ( semoga Allah ampunkan dosa-dosanya ....Al Fatihah) bersuku banjar suluk. Sementara, Emak ibu , Datuk Kumala bte Datuk Abidin ( semoga Allah cucuri rahmat kepadanya...Al Fatihah) . Adalah orang asal kampung Kuala Apas . Inshaa Allah, ada kelapangan saya akan menulis lagi tentang kampung ni. Sementara ini, nikmatilah dulu suasana kampung ni melalui gambar-gambar

Kotobian Tadao Aidil Fitri 1438 Hijrah

Image
Kotobian Tadao Aidil Fitri atau Selamat Hari Raya 1438 Hijrah dari saya sekeluarga di Tawau Sabah .  Arwah bapa campuran dusun Tengilan ( arwah atuk convert to Islam ) + arwah nenek perempuan bajau Kota Belud. Ibu  Banjar +Suluk (arwah atuk ) , nenek perempuan Tidong asli Tawau. Jadi saya Dusun Banjar. Selamat Hari Raya dan selamat membaca perkongsiaan  saya walaupun tak komen namun Alhamdulillah, hasil statistik blog menunjukkan pelawat bukan sahaja dari Malaysia dan Indonesia, juga sehingga Amerika Syarikat. Namun, ada sebarang teguran untuk penambahbaikan blog atau ada info yang perlu dikongsi atau sebarang pertanyaan berkaitan perbincangan, boleh tinggalkan komen diruang komen ya. Syukran Jazilan Mak mertua,adik beradik and ahli keluarga suami

How To wish Eid Mubarak in 11 different Languages

1) Have a blessed Eid  – Arabic عيد مبارك (Eid Mubarak) May Allah accept your and our right doings – Arabic تقبل الله مناومنكم (Taqabalallahu minna wa minkum) Happy Eid – Arabic عيد سعيد (Eid Saeed) 2) Happy Eid – Bosnian Bajram Šerif mubarek olsun 3) Happy Eid – Turkish Ramazan Bayramı Bayramınız Kutlu Olsun 4) Happy Eid – Zazaki (eastern Turkey) Roşanê Şima Bimbarek Bo 5) Happy celebration day of Eid ul Fitr – Indonesia Selamat Hari Raya Idul Fitri 6) Happy Eid – Egyptian كل سنة وانتوا طيبين. 7) Eid Mubarak – Chinese 开斋节快乐 8) Happy Eid – Pashto (Afghani) Akhtar de nekmregha sha 9) Happy Eid – Albanian Gëzuar Bajramin 10) Happy Eid – Kurdish Cejna we pîroz be 11) Happy Festival Day – Malaysia Selamat Hari Raya Read more:  http://metro.co.uk/2017/06/25/eid-mubarak-how-to-wish-someone-a-happy-eid-in-11-different-languages-6721865/#ixzz4l45bhNLu