Posts

Showing posts from July, 2017

Resepi Kuih Penyaram

Image
1 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1/2 cawan gula merah yang telah dicairkan 1 cawan air Aturan Ayak tepung dan campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati. Simpan 6-8 jam. Cara memasak. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam. Kecilkan api ( biar minyak sederhana panas) Gaul sekejap adunan Tuang 1 senduk pengaut adunan ( ikut suka nak besar @ kecil saiz kuih ) Tuang di tengah-tengah , tepung akan kelihatan seperti gunung berapi mengeluarkan laharnya. Biarkan adunan sehingga membentuk tepinya beralun ( geriting) balikan jika telah masak . Buat hingga mahir , selamat mencuba. #resepi ini boleh juga menggunakan air daun pandan sebagai penganti gula merah. resepi ini tanpa gula merah dan pandan, serbuk koko diletak sedikit agar warna sedikit perang.

Sejarah Tawau (3): Pertempuran di Sin On Tiku , Informer dikubur hidup-hidup

Image
16.12. 1963  Saya  mengetuai operasi di kawasan sekitar Jalan Sin On Tiku.  Tujuan operasi adalah  untuk menyekat TNKU mendapat bantuan dan keperluan seperti makanan daripada kaum Jawa di Jalan Sin On Tiku Kongsi 10 Kabota. Pasukan kami terdiri daripada saya , seorang driver PC Selisip dan 2 orang Police FForce bangsa murut yang saya lupa nama mereka. Kejadian berlaku pukul 16.00 petang. Kami terserempak dan bertempur dengan terores TNKU seramai 8 orang. Kami berjaya membunuh seorang terores dan mendapat 3 hand granade hidup dari si mati. Kira-kira jam 18.30 baru tiba bantuan daripada askar dengan membawa kereta perisai , malangnya terores telah lari dan berpecah sekitar kebun getah. Police informer dikubur hidup-hidup Selepas 2 minggu peristiwa ini berlaku, saya mendapat arahan kembali semula  di kawasan kebun getah berhampiran Kg Jawa Kongsi 10 bersama seorang SB Officer untuk mengali kubur seorang informer ( pemberi maklumat ). Lokasi berdekatan tempat kami bertempu

Sejarah Tawau (2) : TNKU Ganggu dan Bakar Kampung

Image
Walaupun hubungan antara  Kuala Lumpur dan Jakarta beberapa ketika seolah-olah tiada apa-apa masalah besar . Namun Jakarta telah mengarahkan TNKU ( Tentera Kalimantan Utara ) untuk menyerang Malaysia melalui sempadan Sabah/Kalimantan. TNKU diketuai Azahari  TNKU diketuai Azahari dan didokongi oleh Suharto . TNKU menyusup masuk ke wilayah Tawau melalui perbatasan Sabah Kalimantan.  Penduduk Kampung diganggu, Kampung dibakar TNKU telah menggangu penduduk-penduduk kampung diperbatasan dan membakar beberapa buah kampung. Tujuan mengganggu antaranya adalah untuk mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain. Oleh itu saya telah mencadangkan agar penduduk-penduduk kampung dipindahkan ke Tanah Besar Tawau.( rujuk Fb Tandek Sedah.bahagian 'About') Kampung Serudung Lama ( Laut ) Akibat selalu diganggu TNKU, Penduduk kampung yang terdiri daripada kaum murut dan diketuai oleh KK Sinut  telah dipindahkan ke Kg Serudung Baru Batu 17 . Kampung Pulau Simandalan Pendu

Sejarah Tawau : Tandek Sedah ex Detective zaman British

Image
Anak Dusun Tenghilan dan  Bajau KB jadi Polis. Membesar di Kg Bunga dan kawasan kadai Tenghilan. Sebelum ke Kota Belud mengikuti ibu yang telah berkahwin dengan orang bajau KB. Ingin menjadi polis kerana bapanya telah mati dibunuh oleh Jepun. Walaupun tidak diizinkan oleh ibunya. Kerana pada zaman dahulu apabila seseorang keluar dari kampung atau daerah, sukar untuk berhubung kerana masalah jarak dan sistem komunikasi yang hampir tiada langsung. Perhubungan seperti jalan raya juga masih terlalu jauh dari arus kemodenan. Akibatnya , para orang tua tidak ingin anak-anak mereka keluar dari daerah kerana bimbang anak tidak kembali atau hilang. Kasih seorang ibu pada anaknya. Namun pendirian Tandek tiada yang boleh menghalang. Marah pada Jepun kerana membunuh bapanya hingga tidak diketahui dimana kubur dan nisannya. Cita-cita untuk berkhidmat sebagai polis di teruskan. Kak Gembua bagi duit tambang Kak Gembua ( non muslim ) sepupu sekali Tandek membantu Tandek menyampaikan c

Jamu kunyit

Image
Amalan tradisi Amalan memakan jamu menjadi tradisi keluargaku  zaman berzaman. Apalagi ibu ku  dari suku banjar tidong  yang kuat dengan amalan menjaga kesihatan menggunakan herba. Terdapat banyak jenis jamu dan penggunaannya untuk pelbagai tujuan. Hari ni aku akan berkongsi membuat jamu kunyit menggunakan ramuan asas, bagi yang telah biasa atau ingin mencuba jamu kunyit untuk tujuan-tujuan rawatan atau pemeliharan lain, nanti boleh ditambah dengan ramuan-ramuan herba lain seperti halia, lada hitam dll. Khasiat Khasiat jamu ni banyak, antaranya menyegarkan, detoksifikasi, merawat luka dalaman, awet muda, melancarkan perjalanan darah dll. Sebaiknya minum jamu ni awal pagi sewaktu perut kosong, namun bergantung dengan kesihatan tubuh masing-masing.  Jika ada gastrik minumlah setelah perut telah ada isi sedikit dengan makanan.  Minum 3 pagi @ 7 pagi sebulan . atau minum pagi petang. Ikut kebiasaan dan kesesuaian tubuh.  Namun jangan ambil setiap hari b

Kg Tinagat dan kereta kerbau

Image
Kampung Tinagat merupakan sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri dari suku kaum tidong dan suluk dan beberapa suku lain. 1970an, mungkin sekitar tahun 1972  1973  ( tak ingat yang tepat) rasanya sebelum aku memasuki darjah 1 pada tahun 1975 di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina Yuk Chin.  Aku pernah naik kereta kerbau bersama-sama pacik dan macik ku yang ketika itupun mereka masih kanak-kanak. Ketika itu atuk dan nenekku  tinggal di Kg Tinagat. Kg Tinagat ketika itu masih sunyi. Tidak ramai penduduk. Yang ada kebanyakannya orang tempatan dari suku tidong. Bau wangi buah mangga wani Aku masih teringat, asal saja balik kampung Tinagat dari jauh lagi telah tercium wangi bau mangga wani. Simpang masuk ke rumah atuk ku dari jalan besar kira-kira 100 m. Bapa selalu parking kereta disimpang jalan.mungkin agaknya jalan masuk ke rumah atuk grable, jadi lebih baik parking diluar. Sepanjang jalan dari simpang ke rumah atuk yang saya ingat di tanam pokok ke