Posts

Showing posts from 2019

Ketupat, kelupis dan lepat palas juadah raya pertama

Image
Kukus kelupis dan lepat palas dalam periuk dandangan/kukusan Periuk dandangan saiz untuk masak 5 kg beras            Masak guna dapur gas depan halaman rumah  Syawal yang dinanti Alhamdulillah telah tiba. Alhamdulillah ,semoga amalan di bulan ramadan dapat di teruskan . Dalam entri kali ini aku ingin berkongsi juadah raya  yang aku sediakan untuk keluarga dan rakan-rakan. Raya tahun ni, kami sambut dengan sangat sederhana. Namun dari segi menu wajib raya bertambah jenis. Berikut adalah menu wajib tradisi yang dapat ku sediakan dengan bantuan anak-anak dan suami. Alhamdulillah . Ketupat,lepat daun palas , kelupis Ketupat guna daun kelapa muda, lepat guna  daun palas ,,kelupis guna daun nyirik . Setiap daun mempunyai aroma yang tersendiri dan menambah selera kepada beras-beras yang dimasak dalamnya. Hidangan juadah raya , ketupat,,kelupis ,,lapat dihidang bersama rendang daging. Ketupat pulut,ketupat nasi, kelupis pulut itam tak

Sawah padi di Tawau

Image
Sawah padi di Tawau Daerah Tawau kini di kenali sebagai daerah bumi peladang kerana memiliki ladang kelapa sawit yang luas. Tetapi suatu ketika dulu , masyarakat Tawau juga bersawah padi . Maklumat ini aku dapat semasa menziarahi adik ibu ku , pacik Ajmain siang tadi di Kg Ranggu, ziarah raya. Pacik ceritakan dia pernah menjaga dengan menarik tali (untuk halau burung dari makan padi). Sawah padi tersebut diusahakan oleh adik arwah nenek perempuan kami . Nenek Tura ( semoga dipanjangkan umur ) Sawah padi tersebut terletak di Kg Juragan. #Ziarah2Syawal1440/2019 #Tawaumenawau #Beraskampung

Beras Kampung dari Sabah dan Sarawak

Image
Sabah dan Sarawak mengeluarkan pelbagai jenis beras kampung. Beras kampung adalah beras yang ditanam oleh para petani selalunya secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan keluarga sendiri. Secara umumnya terdapat 2 jenis beras kampung. Beras bukit atau padi huma , dan beras padi sawah . Di sini aku ingin berkongsi beberapa jenis beras kampung yang ada dirumah ku. Sejak menjadi penjual beras kampung ni, pengetahuan ku tentang beras kampung bertambah. Ini membuat aku gembira dengan perniagaan kecil-kecilan ku di pasar tani , Jalan Utara. Ada beberapa jenis beras kampung yang ku jual namun tiada dalam gambar pada entri kali ini sebab banyak yang rosak semasa banjir Jumaat lepas. Kali ni aku kongsi mana yang ada dulu yang lain nanti aku kongsi pada entri yang akan datang  Inshaa Allah. Dua jenis beras kampung pada entri kali ni ialah beras hitam bario yang aku minta kawan di Keningau belikan di pasar tamu hari empat Keningau . Penjual beras ini , saudara

Salam 2 Ramadan 1440

Image
Salam 2 Ramadan, Ramadan Kareem kepada semua yang sudi membaca entri saya kali ni. Lama saya tidak menulis . Oleh kerana saya terlibat juga dengan beberapa medan penulisan sebagai penulis ( walaupun masih kurang aktif ) dan beberapa page yang perlu dijaga , selain kesibukan dengan hal-hal lain ( ini semua alasan ), jadi mungkin itu yang lama tidak berkongsi di ruang ini. Menulis ini memerlukan idea , kadang terfikir nak update di blog tapi tak tahu mau cerita apa. Sedikit cerita tentang design cantik di atas . Design foto di atas dibuat oleh sahabat ku Suheymie Yusril, akan dijadikan sticker dan dilekat ke barang-barang @ goodies yang akan diserah kepada pesakit-pesakit di hospital Tawau nanti dalam program ziarah  Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan serta Ameerah pada hujung minggu ni.

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Image
Nasi Linopot adalah sejenis juadah suku kaum Dusun Kadazan di negeri Sabah. Oleh kerana bapa saya berketurunan Dusun Tenghilan sebelah bapanya, maka saya perlu mengenali dan memahami budaya orang Dusun untuk diperkenalkan kepada anak-anak dan generasi muda , agar mereka mengenali dan memahami budaya bangsa sendiri. Seterusnya memeliharanya dan memperteguhkan jati diri bangsa. Nasi linopot bermaksud nasi yang dimasak dan dibungkus dengan daun terap. Kebiasaannya menggunakan beras kampung yang banyak ditanam sekitar daerah Keningau dll tempat di Sabah. Lauknya biasanya adalah makanan masakan dusun seperti sayur tuhau, bousu dll. Cara masaknya seperti menanak nasi biasa. Beras dibasuh sebersih-bersihnya kemudian ditanak di periuk nasi. Sukatan air ikut suka, tapi boleh juga 1 pot beras bersamaan dengan 1 pot air. Selepas di tanak , tunggu sehingga masak. Setelah masak , ambil secawan nasi kemudian letak di atas daun terap. Pastikan daun terap dibersihkan terlebih dahu

Juadah tradisi Masyarakat Melayu Tawau zaman dulu.

Image
Jika ada majlis kenduri kendara seperti majlis kahwin dll . Lauk pauk yang menjadi kemestian dihidangkan adalah seperti di bawah ini. Ikan/ayam/daging masak kicap+suhun Ayam/daging masak kurma + suhun Sup tulang + macaroni Sayur kacang panjang tumis + hati+ pedal ayam Paceri Nenas Acar timun + telur + santan Rempah asas masakan : Bawang merah, bawang putih, bawang besar , lada besar , halia , ketumbar jntn manis jntn putih kunyit lada kering lada putih Kerisik ,santan dll Minuman Kopi O ,Tea O dan air sirap Kuih muih biasanya adalah kuih basah seperti kuih onde-onde , wajid , dadar gulung dll. Kalau hari raya juadah yang dihidang adalah ketupat berlauk rendang , masak kari , dodol dll Belum ada gambar masakan untuk di upload . Inshaa Allah. Di usahakan untuk tatapan dan pengetahuan generasi muda. Terima kasih kepada Ibu Jumatiah yang sentiasa sudi berkongsi ilmu dan pengalaman .