Ketupat, kelupis dan lepat palas juadah raya pertama



Kukus kelupis dan lepat palas dalam periuk dandangan/kukusan



Periuk dandangan saiz untuk masak 5 kg beras
           Masak guna dapur gas depan halaman rumah 


Syawal yang dinanti Alhamdulillah telah tiba.
Alhamdulillah ,semoga amalan di bulan ramadan dapat di teruskan .

Dalam entri kali ini aku ingin berkongsi juadah raya  yang aku sediakan untuk keluarga dan rakan-rakan.

Raya tahun ni, kami sambut dengan sangat sederhana.

Namun dari segi menu wajib raya bertambah jenis.

Berikut adalah menu wajib tradisi yang dapat ku sediakan dengan bantuan anak-anak dan suami.
Alhamdulillah .
Ketupat,lepat daun palas , kelupis

Ketupat guna daun kelapa muda, lepat guna  daun palas ,,kelupis guna daun nyirik .
Setiap daun mempunyai aroma yang tersendiri dan menambah selera kepada beras-beras yang dimasak dalamnya.
Hidangan juadah raya , ketupat,,kelupis ,,lapat dihidang bersama rendang daging.


Ketupat pulut,ketupat nasi, kelupis pulut itam tak itam Keningau , lapat pulut itam tak itam  keningau dihidang pada hari pertama bersama daging masak rendang .
Hasrat hati mau buat kuah kacang dan serunding kelapa tak kesampaian , kerana terlalu letih .

Namun Alhamdulillah , raya kedua , aku dapat masak pulut itam tak itam  keningau cara kukus sahaja .

Masak juga nasi beras hitam bario  makan bersama serunding kelapa campur udang kering dan ikan masak kicap pemberian jiran.

Alhamdulillah

#SabahBorneo
#Syawal1440/2019
Biskut semprit susu buatan puteriku

Juadah 2 Syawal

Pulut itam tak itam kampung ( Keningau) dan nasi beras hitam bario dari Miri , Sarawak.

Dihidang bersama seruding kelapa udang kering .

Alhamdulillah ,,selera Imam ku makan.





Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

List of Madrasah and Pondok in Tawau

How to " Wow " our garden