Juadah Tradisi Masyarakat Melayu Tawau zaman dulu.



Masa saya kanak-kanak dan aqal remaja , keluarga selalu mengadakan majlis lenduri kendara. Pelbagai juadah tradisi dihidangkan .

Kini , juadah-juadah tradisi itersebut ada yang jarang dihidangkan , kerana mungkin orang lebih memilih lauk-lauk terkini , ikut peredaran zaman, dan ada juga masih kelal namun ada perubahan.

Dulu, Jika ada majlis kenduri kendara seperti majlis kahwin dll .
Lauk pauk yang menjadi kemestian dihidangkan adalah seperti di bawah ini.

Ikan/ayam/daging masak kicap+suhun
Ayam/daging masak kurma + suhun
Sup tulang + macaroni
Sayur kacang panjang tumis + hati+ pedal ayam
Paceri Nenas
Acar timun mentah + telur rebus + santan

Rempah asas masakan :
Bawang merah, bawang putih, bawang besar , lada besar , halia , ketumbar
jntn manis
jntn putih
kunyit
lada kering
lada putih
Kerisik ,santan dll

Minuman
Kopi O ,Tea O dan air sirap

Kuih muih biasanya adalah kuih basah seperti kuih onde-onde , wajid , dadar gulung dll.

Kalau hari raya juadah yang dihidang adalah ketupat berlauk rendang , masak kari , dodol dll

Belum ada gambar masakan untuk di upload . Inshaa Allah. Di usahakan untuk tatapan dan pengetahuan generasi muda.

Terima kasih kepada Ibu Jumatiah yang sentiasa sudi berkongsi ilmu dan pengalaman .


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

List of Madrasah and Pondok in Tawau

Beras Kampung dari Sabah dan Sarawak