Sun dried Tomatoes or Manisan Tomato


Sun dried tomatoes or Manisan Tomato Tawau

Alhamdulillah ,  Thanks Allah for all the prosperity you gave to my prosperity.


Tomato bukan sahaja boleh dibuat sambal atau penambah rasa kepada masakan , namun ia juga boleh dijadikan sebagai manisan.

Disini , akak ingin berkongsi cara membuat manisan dari tomato.

Bahan-bahan :
1 kilo     buah  tomato segar
200 gm  gula ( nak manis lagi boleh tambah)
1 sudu kecil kapur masakan
1 sudu kecil garam

Cara membuat :
Basuh tomato bersih-bersih dan toskan airnya
Sediakan sebesen air mentah @ suling dan campurkan kapur tadi dan gaul.
Masukkan tomato tadi kedalam air kapur.
rendam selama 2 - 12 jam.
setelah itu , tos kan tomato dan cuci bersih.
selepas itu belah 2 dan buang biji tomato
boleh juga tidak dibelah dua , asal bijinya dibuang dengan memotong sedikit hujung atas tomato dan korek dengan pengoreng buah.
setelah itu basuh lagi dan tos.

Memasak :
Masukkan tomato tadi kedalam kuali panas dan caurkan gula serta garam. Jangan campur air kerana air dari tomato akan keluar. Masak hingga hampir kering airnya . Bila telah sebati matikan api dan tunggu sejuk.
setelah sejuk ,susun diatas talam dan jemur sekurang-kurangnya 4 hari di bawah cahaya matahari. ( bergantung cuaca )

Setelah kering , bolehlah dikemaskan bentuk-bentuknya kemudian disusun cantik-cantik dalam bekas atau container.

Kalau mahu jual pun boleh .

Ini manisan tomato baru aku angkat dari kuali dan hendak dijemur dibawah panas matahari.
Akak  jemur di atas kereta dan tutup menggunakan kain sarung bersih agar tidak terdedah kepada habuk dan kotoran.

Day 2. Masih basah lagi , cuaca hari ni agak mendung , perlu tunggu beberapa hari lagi .

Nanti akak update lagi.
Inshaa Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden