Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

Beberapa  bulan yang lalu saya dapat sedikit beras bukit berwarna hitam dari ibu.


Beras tersebut ayah bawa dari Keningau. Ayah jika ke Keningau , balik dia selau membawa pelbagai produk tempatan .

Saya tak pasti apa nama beras ni , namun ayah kata harganya dalam rm10.00 sekg. Rasanya sedap namun sedikit lembut sebab saya rendam dulu baru masak .

Pagi ni saya hidangkan keluarga nasi lemak hitam bersama sambal telur mata kerbau.

Pada mulanya anak-anak macam lain-lain sikit nak makan , mungkin heran nampak nasi hitam. Namun Alhamdulillah mau bertambah-tambah lagi tapi tak boleh lebih sebab kena tinggalkan sikit untuk abi dan kakak yang masih tak makan lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

How to " Wow " our garden