Catatan ku di penghujung tahun 2020

Macam agak sukar dipercayai, hari ni 30 Dis 2020. Inshaa Allah, hari kedua terakhir sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai.

Namun , itulah hakikatnya kehidupan dan kewujudan. Setiap yang bermula pasti berakhir.

Jam mencatat 8.16 pagi.

Allah gerakkan hati dan kurniakan kekuatan untuk menulis dalam laman blog yang telah lama bersawang.

Jika diimbas kembali , terlalu banyak yang berlaku sepanjang 2020 ini. Hanya aku dan mereka yang melalui pengalaman tersebut sahaja yang tahu apa yang jiwa dan raga kami rasa .

Gembira , sedih , bangga , rindu dan sebagainya.

Anak-anak yang comel meniti remaja dan dewasa.

Abang yang di kasihi yang sentiasa menjadi  penguat dan penenang ku.

Bonda yang dicintai semakin dimamah usia.

Banyak lagi amanah dan cita-cita tak terlunas.

Banyak lagi amalan kebaikan dan kebajikan yang tertangguh.

Dalam hati , jiwa dan raga bersama keluarga dan sahabat yang dicintai.

Namun di satu sudut hati ku masih tercari-cari mereka.

Mereka yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi.

Mereka yang pernah hadir dalam hidup ku.

Dan dia yang pernah hadir dalam perjalanan hidup ku, berkongsi cerita dan rindu.

' Awak '.....demi Allah dan Rasul ...rasa itu hanya perlu hingga situ.

Betullah sebagai yang dikata, ada yang hadir dalam hidup kita hanya sebagai orang yang berkongsi kisah dan sebagai pengalaman hidup , bukan sebagai teman hidup.

Hanya redha dan keyakinan kepada qadha dan qadar Allah sebagai penawar kepada segala rasa.

Semoga diri kita semua mendapat keampunan dan yang Maha Esa.

Aamiin.


Yang berjuang dan merindui

UMH

8.47 pagi - 30.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden