Salam 1 Syawal dari Hospital Tawau
Salam 1 Syawal
Lama sudah tidak menulis di laman blog ku sendiri .
Sebenarnya sebelum-sebelum ni aku ada juga menulis . Menulis di beberapa portal .
Sedikit kesibukan dalam menunaikan amanah untuk menyalurkan info dan input di portal-portal dan media lain .
membuat ku terabai blog ku sendiri.
Salah sendiri ( boleh saja kalau mahu menulis dan update )
Semalam , takbir raya berkumandang di corong pembesar suara.
Hari ni aku menulis dari sisi katil anak ku di hospital.
Sebagai ibu , ini merupakan kali kedua menemani anak-anakku di hospital dalam tempoh tak sampai sebulan ini. Hampir 3 minggu yang lalu , yang abang 'warded' kena denggi .
Semalam , si adik lagi yang kena masuk ward yang sama ,wad 6 Tingkat 2 Hospital Lama Tawau, denggi juga.
Ujian dari Allah swt .
Semoga si adiq cepat sembuh sepeeti abangnya . Inshaa Allah.
15.6.2018
Tawau Hospital
Comments
Post a Comment