Semoga Allah terima Amal Soleh mu Ustaz Zack



إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْهُ وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka...Aamiin


Baru terbaca info pemergian seorang yang aku tak kenali secara dekat namun kami berada dalam medan  yang sama iaitu jihad penulisan .

Ku personel whatsApp kak Rusilah , tanya adakah arwah yang dimaksudkan dalam group itu bersama kami semasa sesi bengkel penulisan haraki di Taman Melewar tahun lalu dan aku minta gambar kami secara beramai-ramai semasa sesi terakhir program dari kak Rus .


Kak Rus kata ya dan beri gambar kami .





Allahu ,

Walaupun tidak mengenali secara dekat ,namun membaca tulisannya"Aku ingin masuk syurga dengan tulisan " yang dikongsi kak Rusilah seorang lagi ( penulis hebat) secara personel pada ku membuat aku rasa sebak dan semangat menulis ku bangkit kembali.


Semoga diri yang kerdil ini sentiasa Allah pelihara bersama-sama para pejuangnya.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Linopot makanan tradisi suku kaum Dusun Kadazan

Nasi Lemak Beras Bukit Hitam Bersama Sambal Telur Mata Kerbau

How to " Wow " our garden