Posts

Showing posts from September, 2017

Kampung Esbok Hujung Kilang Tayar Tebakar

Image
Tragedi 5 September , Kampung Esbok Hujung Kilang tayar Terbakar Kejadian berlaku kira-kira jam 12.00 lebih malam. Pagi baru aku sedar kejadian ini. Kira-kira jam 10.00 pagi aku , suami dan maryam bergegas ke esbok hujung. Inginku kongsi sikit curahan hatiku sebagai menantu orang esbok dan sedikit gambar yang aku ambil semasa ke tapak kebakaran tadi. Nama kampung ni kampung Titingan namun terkenal sebagai kampung esbok ( ice box ). Dulu dikatakan ada kilang ais di situ. Ais-ais tersebut untuk kegunaan para nelayan dan pengusaha ikan untuk dicampur dalam tong-tong ikan agar ikan sentiasa segar dan tahan lama. Disini juga terdapat sebuah kilang tayar yang masih beroperasi. Itu yang orang-orang kampung tambah lagi gelaran nama sebagai Kg Esbok Hujung Kilang Tayar. Tujuannya agar memudahkan orang memahami lokasi kampung ni. Kira-kira 60 buah terlibat. Kedudukan rumah adalah rapat-rapat. Rumah papan dan kebanyakannya amat dhaif. Blok yang terlibat blok 6,7,8 , begitulah d

Ketupat Kelupis Lepat

Image
Salam, Hari ni hari ke 3 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438 Hijrah. Semoga semua amalan mulia dan ibadah korban di terima Allah sebagai amal soleh. Seperti biasa , sebagai masyarakat melayu , tanpa ketupat seolah-olah raya kurang meriah . Pada hari raya pertama ni  saya hanya masak kuah sate @ kuah kacang , ketupat, kelupis daun pisang dan lepat daun pandan. Sengaja tak masak daging ayam walaupun ada dalam freezer. Sebab tak mahu membazir seperti tahun-tahun sebelum ni. Biasanya , pada hari raya pertama selepas solat raya dan makan sedikit juadah . Kami akan ke rumah orang tua kami. Dan di dirumah ibu dan rumah mertua memang disediakan pelbagai juadah . Makan di sana jak lah. Ketupat daun kelapa beli dekat pasar besar Tawau sehari sebelum raya . 10 biji RM3.00 Kelupis, makan tradisi kaum brunei , sepatutnya guna daun nyirik. Oleh kerana tiada daun nyirik , saya guna daun pisang. Saya buat 2 jenis kelupis . Satu kelupis pulut dan satu kelupis n