Posts

Showing posts from December, 2020

True friends are always together in spirit

Image
  “Seorang mukmin bagi mukmin lainnya laksana bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (Muttafaq ‘Alaihi) Merakam kenangan di program Back To School  di perkarangan PASTI Nurul Hasanah , Sg Gading pada 27 Disember baru-baru ni. Selepas tu kami ke majlis walimah Buda dan Ramlah di Semerak Megah. Lama terperap di rumah akibat pandemik Covid-19, kini kami  mula mengatur langkah dengan norma baharu. #AKIFI Perjuangan dan rindu Seeru 'ala barakatillah.

Catatan ku di penghujung tahun 2020

Macam agak sukar dipercayai, hari ni 30 Dis 2020. Inshaa Allah, hari kedua terakhir sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai. Namun , itulah hakikatnya kehidupan dan kewujudan. Setiap yang bermula pasti berakhir. Jam mencatat 8.16 pagi. Allah gerakkan hati dan kurniakan kekuatan untuk menulis dalam laman blog yang telah lama bersawang. Jika diimbas kembali , terlalu banyak yang berlaku sepanjang 2020 ini. Hanya aku dan mereka yang melalui pengalaman tersebut sahaja yang tahu apa yang jiwa dan raga kami rasa . Gembira , sedih , bangga , rindu dan sebagainya. Anak-anak yang comel meniti remaja dan dewasa. Abang yang di kasihi yang sentiasa menjadi  penguat dan penenang ku. Bonda yang dicintai semakin dimamah usia. Banyak lagi amanah dan cita-cita tak terlunas. Banyak lagi amalan kebaikan dan kebajikan yang tertangguh. Dalam hati , jiwa dan raga bersama keluarga dan sahabat yang dicintai. Namun di satu sudut hati ku masih tercari-cari mereka. Mereka yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi. Mer