Posts

Showing posts from June, 2019

Ketupat, kelupis dan lepat palas juadah raya pertama

Image
Kukus kelupis dan lepat palas dalam periuk dandangan/kukusan Periuk dandangan saiz untuk masak 5 kg beras            Masak guna dapur gas depan halaman rumah  Syawal yang dinanti Alhamdulillah telah tiba. Alhamdulillah ,semoga amalan di bulan ramadan dapat di teruskan . Dalam entri kali ini aku ingin berkongsi juadah raya  yang aku sediakan untuk keluarga dan rakan-rakan. Raya tahun ni, kami sambut dengan sangat sederhana. Namun dari segi menu wajib raya bertambah jenis. Berikut adalah menu wajib tradisi yang dapat ku sediakan dengan bantuan anak-anak dan suami. Alhamdulillah . Ketupat,lepat daun palas , kelupis Ketupat guna daun kelapa muda, lepat guna  daun palas ,,kelupis guna daun nyirik . Setiap daun mempunyai aroma yang tersendiri dan menambah selera kepada beras-beras yang dimasak dalamnya. Hidangan juadah raya , ketupat,,kelupis ,,lapat dihidang bersama rendang daging. Ketupat pulut,ketupat nasi, kelupis pulut itam tak

Sawah padi di Tawau

Image
Sawah padi di Tawau Daerah Tawau kini di kenali sebagai daerah bumi peladang kerana memiliki ladang kelapa sawit yang luas. Tetapi suatu ketika dulu , masyarakat Tawau juga bersawah padi . Maklumat ini aku dapat semasa menziarahi adik ibu ku , pacik Ajmain siang tadi di Kg Ranggu, ziarah raya. Pacik ceritakan dia pernah menjaga dengan menarik tali (untuk halau burung dari makan padi). Sawah padi tersebut diusahakan oleh adik arwah nenek perempuan kami . Nenek Tura ( semoga dipanjangkan umur ) Sawah padi tersebut terletak di Kg Juragan. #Ziarah2Syawal1440/2019 #Tawaumenawau #Beraskampung