Beras Kampung dari Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak mengeluarkan pelbagai jenis beras kampung. Beras kampung adalah beras yang ditanam oleh para petani selalunya secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan keluarga sendiri. Secara umumnya terdapat 2 jenis beras kampung. Beras bukit atau padi huma , dan beras padi sawah . Di sini aku ingin berkongsi beberapa jenis beras kampung yang ada dirumah ku. Sejak menjadi penjual beras kampung ni, pengetahuan ku tentang beras kampung bertambah. Ini membuat aku gembira dengan perniagaan kecil-kecilan ku di pasar tani , Jalan Utara. Ada beberapa jenis beras kampung yang ku jual namun tiada dalam gambar pada entri kali ini sebab banyak yang rosak semasa banjir Jumaat lepas. Kali ni aku kongsi mana yang ada dulu yang lain nanti aku kongsi pada entri yang akan datang Inshaa Allah. Dua jenis beras kampung pada entri kali ni ialah beras hitam bario yang aku minta kawan di Keningau belikan di pasar tamu hari empat Keningau . Penjual beras ini , saudara