Salam 1 Syawal dari Hospital Tawau
Salam 1 Syawal Lama sudah tidak menulis di laman blog ku sendiri . Sebenarnya sebelum-sebelum ni aku ada juga menulis . Menulis di beberapa portal . Sedikit kesibukan dalam menunaikan amanah untuk menyalurkan info dan input di portal-portal dan media lain . membuat ku terabai blog ku sendiri. Salah sendiri ( boleh saja kalau mahu menulis dan update ) Semalam , takbir raya berkumandang di corong pembesar suara. Hari ni aku menulis dari sisi katil anak ku di hospital. Sebagai ibu , ini merupakan kali kedua menemani anak-anakku di hospital dalam tempoh tak sampai sebulan ini. Hampir 3 minggu yang lalu , yang abang 'warded' kena denggi . Semalam , si adik lagi yang kena masuk ward yang sama ,wad 6 Tingkat 2 Hospital Lama Tawau, denggi juga. Ujian dari Allah swt . Semoga si adiq cepat sembuh sepeeti abangnya . Inshaa Allah. 15.6.2018 Tawau Hospital